Berakhirnya sebuah era – Tan Sri Hamidin Mohd Amin telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan, menyatakan bahawa beliau tak akan mempertahankan kerusi presiden FAM yang sedang didudukinya pada ketika ini.
Hamidin sudah bersedia untuk meninggalkan FAM dan memberikan peluang kepada muka baharu untuk memimpin.

Tan Sri Hamidin Mohd Amin sudah lebih enam tahun menjadi presiden FAM. Beliau merasakan sudah tiba masanya untuk pemimpin yang baharu pula memacu FAM selepas ini.
Hamidin menyatakan perkara tersebut dalam satu sidang media. Di mana beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden dalam Kongres FAM pada Februari tahun depan.
Menurut Hamidin lagi, dia membuat keputusan itu atas sebab mahu memberikan peluang kepada generasi baharu yang lebih muda memimpin FAM selepas ini.
Hamidin berkata: “Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang, untuk penggal 2025-2029.
“Oleh kerana saya mahu memberi peluang kepada ahli presiden yang baharu.
“Saya pun sudah dah enam tahun [menjadi presiden FAM] dan sudah tiba masanya memberikan peluang kepada individu lain [presiden yang baharu] untuk memimpin persatuan yang besar ini dan mempimpin persatuan ini ke arah mercu kejayaan yang lebih selepas ini,” tegas Hamidin.
[TERKINI] Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan tidak pertahankan jawatan Presiden yang disandangnya ketika ini menjelang Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) awal tahun depan.#MerciHamidin @BuletinTV3 pic.twitter.com/uvc0B6vpJl
— Hazreen Mubarak (@hazreenmubarak) December 4, 2024
Ini menandakan bahawa berakhirnya era Hamidi Mohd Amin yang penuh dengan suka dan duka. Kepada peminat bola sepak Malaysia, apakah yang akan anda kenang tentang bola sepak Malaysia pada era Hamidin Mohd Amin? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.