Pada 23 Mac akan datang, maka genaplah setahun insiden kapal kontena ‘The Ever Given’ tersangkut di Terusan Suez sehingga menyebabkan kerugian mencecah berbilion ringgit untuk setiap satu jam.
Terbaharu, sebuah lagi kapal kontena milik Evergreen, ‘The Ever Forward’ dilaporkan telah tersangkut berhampiran pelabuhan Baltimore Amerika Syarikat sejak malam Ahad lalu.

Insiden tersebut berlaku apabila meninggalkan Pelabuhan Baltimore pada malam Ahad dalam perjalanan ke Norfolk, Virginia, sebelum terkandas di Teluk Chesapeake.
2/In communicating with several naval architects, they estimate the grounding force on #EverForward is between 20,000 to 24,000 metric tons. A typical tug has about 60 tons of bollard pull.
This is probably going to require, lightening the ship, dredging & large salvage tugs. pic.twitter.com/CTEjgupQNb
— Sal Mercogliano (WGOW Shipping) 🚢⚓🐪🚒🏴☠️ (@mercoglianos) March 18, 2022
Jurucakap menyatakan bahawa tiada kecederaan, pencemaran minyak tumpah atau kerosakan pada kapal terjadi selepas insiden itu berlaku. Pengawal pantai sedang menyiasat jika kegagalan mekanikal menjadi penyebab kapal kontena terbabit terkandas.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Evergreen, syarikat tersebut sudah melantik ‘Donjon Smit’ (pakar penyelamat insiden di lautan) untuk menyertai operasi menyelamat kali ini. Sepasukan pakar berada di tempat kejadian untuk menilai keadaan kapal, berat kargo di atas kapal dan julat pasang surut di lokasi di Teluk Chesapeake.
“Maklumat ini akan digunakan untuk mereka bentuk pelan yang berkesan untuk mengapungkan semula ‘The Ever Forward’. Sebaik sahaja pelan itu diluluskan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, kami akan segera melaksanakannya,” petik kenyataan rasmi Evergreen.
Sementara itu, klik pautan di bawah untuk baca kronologi kejadian The Ever Given terkandas di Terusan Suez yang berlaku pada bulan Mac tahun lalu.
Kerana ‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Kontena Terperangkap Di Terusan Suez
Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam
Alami Kerosakan Teruk Di Mesir, Kapal ‘Ever Given’ Kini Sedang Dibaiki Di China