Pada 16 Disember lalu negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor. Seramai 92 orang mangsa terjejas dalam insiden terbabit.
Kejadian yang berlaku pada jam 2.42 pagi itu telah menyebabkan mangsa-mangsa dikatakan mendengar dentuman kuat seperti guruh di kawasan perkhemahan Zon A ladang tersebut.
Baca Juga:
- Tragedi Batang Kali: Pengendali Tapak Sedia Bertanggungjawab, Dakwa Tanah Runtuh Tidak Berlaku Di Dalam Ladang
- ‘Blake’ K9 Direhatkan Selepas Kerja Lebih Masa Cari Mangsa Tanah Runtuh Di Batang Kali
- 69 Orang Dikhuatiri Tertimbus Akibat Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Batang Kali
Tanah runtuh itu secara langsung menjejaskan ketiga-tiga tapak perkhemahan, dan menghasilkan padang runtuhan 30 meter tinggi, meliputi kawasan seluas 1.21 ekar.
Ini antara beberapa buah kenderaan mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali yang dibawa keluar melalui towing. Semuanya ranap. Total lost. Scrap https://t.co/Ybjv9LgOKQ pic.twitter.com/9amkdcvZeb
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) December 29, 2022
Semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan, kelihatan beberapa buah kenderaan dipercayai milik mangsa turut terjejas akibat tanah runtuh tersebut. Banyak yang rosak akibat tertimbus, dihimpap pokok, berlanggar dengan kenderaan lain semasa bergerak daripada tempat asal ekoran pergerakan tanah semasa tragedi itu berlaku.
Dalam satu rakaman video pendek yang dikongsikan Twitter @jnmalaysia, beberapa buah kenderaan yang terjejas akibat tragedi itu sudah mula dibawa keluar daripada tapak kejadian dengan menaiki trak tunda.
Rata-rata kenderaan yang dibawa keluar sudah hancur dan total lost. Impak tanah runtuh turut menyebabkan sebahagian daripadanya tidak dapat dikenal pasti lagi model kenderaan tersebut.
Netizen menzahirkan rasa simpati dan sebak mengenangkan keadaan mangsa-mangsa yang tertimbus semasa kejadian itu berlaku. Jika struktur kenderaan yang kukuh boleh hancur, inikan pula tubuh badan manusia.
Teruk wehh. Ni kereta,mangsa macam mana plak kondisi. Allahu https://t.co/IBCnGXRQeM
— 🔺chong (@afnannaim) December 30, 2022
https://twitter.com/msqem/status/1608709984430469121?s=20&t=H-3CLFQLEQ5wyQf-9vINqw
Ngeri betul. https://t.co/c4qX6Spr2Y
— Izwan Nasir (@izwanxnasir) December 30, 2022
Of this condition of the car, imagine on people. Rip https://t.co/kKDAGnQW3N
— Syed Abd. Hamidi (@Hamidi_Bieber) December 30, 2022
Terdahulu, tragedi tanah runtuh jam 2.42 pagi, 16 Disember lalu menyaksikan 92 mangsa terjejas. 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan dalam kejadian itu.
Mayat mangsa ke-31 dan terakhir di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, ditemui dalam beg tidur yang tertimbus dengan kedalaman 1.5 meter dalam tanah pada 24 Disember 2022, kira-kira selepas lebih seminggu operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikenali sebagai Eng Shao Qi, pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong.