Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat (YB) Hannah Yeoh menegaskan bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) langsung tidak terlibat dengan pemilihan reka bentuk pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024.
Seperti yang tular sejak petang semalam, reka bentuk yang dipertontonkan buat pertama kali itu telah mendapat reaksi negatif serta kritikan pedas daripada peminat sukan tanah air.
Baca Juga:
- Kecewa ‘Design’ Buruk, Netizen Reka Semula Baju Atlet Malaysia Olimpik 2024
- Peminat Kecewa Baju Rasmi Sukan Olimpik Atlet Malaysia Ala Kadar
- Katil Anti-Maksiat Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024
Kemuncak kemarahan mereka ialah penggunaan warna emas pada bendera Malaysia yang menggantikan warna sebenar Jalur Gemilang itu.
Keadaan itu menyebabkan Hannah Yeoh selaku menteri turut menjadi sasaran kritikan yang menjurus kepada penjelasan dibuat beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Segambut.
“KBSMalaysia mengambil maklum pelbagai reaksi berhubung isu membabitkan rekabentuk pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Ahad.”