Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yakin sepenuhnya dengan kepakaran FAM dalam usaha mencari pengganti terbaik untuk mengisi tempat ditinggalkan Kim Pan Gon.
Kim Pan Gon dianggap jurulatih terbaik untuk mengendalikan skuad Malaysia pada ketika ini.
Hannah Yeoh turut menyatakan bahawa dia terkejut dan sedih dengan berita perletakan jawatan oleh Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
Menurut Hannah Yeon, Kim Pan Gon telah menunjukkan prestasi memuaskan sepanjang mengendalikan skuad kebangsaan Malaysia itu.
Berjaya membantu Malaysia naik daripada ranking ke-154 dunia kepada ranking ke-30 dunia pada November tahun lalu.
Hannah mendedahkan bahawa Kim Pan Gon sendiri memberitahunya bahawa jurulatih itu menganggap pengalaman mengendalikan Harimau Malaya adalah kenangan manis.
Dipetik dari Buletin TV3, Hannah berkata: “Kita boleh melihat peningkatan ranking sejak beliau mengambil alih pasukan dari kedudukan ke-154 dunia ke tempat ke-130 pada November lepas. Beliau memaklumkan kepada saya, yang ada bersama beliau adalah kenangan manis sahaja bersama Malaysia.
Terima kasih Pan Gon, beri ruang buat FAM kendalikan peralihan kejurulatihan – Hannah https://t.co/b7vI9HhayK
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) July 16, 2024
“Jadi, bagi pihak kerajaan kita ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pan Gon dan terima kasih juga kepada keluarga beliau kerana meminjamkannya kepada Malaysia.
Saya berharap pasukan Harimau Malaya tidak akan rasa terlalu terganggu dalam meneruskan proses mereka memperbaiki ranking.”
Hannah turut meminta jurulatih itu untuk mempertimbangkan semula keputusannya, dan Kim Pan Gon menyatakan keputusan sudah muktamad.
Apa yang pasti Kim Pan Gon memberitahu Hannah Yeoh bahawa Malaysia sangat istimewa di hatinya selepas ini dan sedia untuk mencari cara bagi membantu perkembangan dan pembangunan bola sepak Malaysia.
Seterusnya, Hannah Yeoh yakin dengan kepakaran FAM dalam mencari pengganti kepada Kim Pan Gon. Dan meminta semua pihak memberikan ruang kepada FAM menjalankan tugas mereka.
Buat masa ini Pau Marti Vicente dilantik sebagai jurulatih interim skuad kebangsaan yang akan dibantu oleh E Elavarasan.