Mohd Helmi Shahuddin, seorang peniaga nasi kukus kini sudah tidak lagi dibelenggu masalah pendapatan tidak menentu. Kini, dia mampu meraih sehingga RM14,000 sebulan dalam perniagaannya.
Menerusi laporan, dia membuat keputusan yang tepat menyertai program perniagaan mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diperkenalkan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Ekonomi pada Mac tahun lalu.
Baca Juga:
- ‘Ejaan Sahaja Berbeza’- Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?
- Pernah Bermula Di Sebuah Garaj, Kini Perniagaan Ini Mendapat Keuntungan 47 Bilion
- 13 Tahun Berniaga Di Jalan TAR, Ini Keuntungan Yang Dibuat Oleh Wanita Dari Seberang
Menurutnya, dia yang dahulu hanya berniaga tepi jalan di Puncak Alam memiliki pendapatan tidak menentu kerana dipengaruhi banyak cabaran perlu dihadapi seperti faktor cuaca, makanan tidak habis dijual, selain perlu ‘menutup kedai’ untuk membawa seorang anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) bertemu doktor.
Tambahnya, hasil kerja keras yang dilakukan hanya mampu meraih jualan tidak sampai RM8,000 sebulan. Dia bersama isterinya kini mengusahakan perniagaan makanan dari mesin layan diri di Kolej Angsana 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) kampus Puncak Alam.
Antara makanan dijual di dalam vending machine ialah nasi lemak ayam goreng, nasi lemak pandan, roti kebab daging, roti sosej gulung, set bebola daging, ‘popcorn’ ayam dan nasi ayam pedas, yang dimasak sendiri oleh mereka berdua.
Makanan dijual pada harga RM2 hingga RM5. Menu juga akan ditukar setiap enam jam dalam sehari untuk menjaga kualiti makanan.
“Ini bermakna program IPR bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan malah memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli makanan siap masak pada harga berpatutan dan murah.” kata Mohd Hermi sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan inisiatif yang menguntungkan rakyat.
Untuk pengetahuan anda, Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli telah melancarkan program mesin layan diri IPR. Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.