Media Indonesia mendedahkan skuad Garuda memerlukan dana yang lebih besar berbanding Malaysia untuk menampung kos operasi dalam setahun.
Media negara jiran turut melaporkan jumlah RM15 Juta yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.
Baca Juga:
- Ini Gaji Park Hang-seo Ketika Kendalikan Vietnam
- Erick Thohir Ambil Langkah ‘Bersihkan’ PSSI, Buang 43 Pegawai
- Erick Thohir: Pusingan Ketiga Memang Sukar Tetapi Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil
Menurut Anwar, peruntukan sebanyak RM10 adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
“Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutama orang muda minat mengenai bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia.
“RM15 juta khusus untuk pasukan Harimau Malaya, pengurus, jurulatihnya yang terbaik supaya beberapa tahun kita dapat angkat Harimau Malaya di antara gergasi di Asia,” katanya dipetik dalam Berita Harian.
Menurut Bola.com, dana yang diberikan kepada skuad Harimau Malaya jauh lebih kecil berbanding kos yang ditanggung oleh skuad Garuda dalam satu tahun.
Menurut Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir, mereka memerlukan dana lebih dari RM200 juta bagi menampung kos operasi dari skuad senior hingga B-17 Tahun.
“Kami memerlukan dana sebanyak RM170 hingga RM200 Juta lebih bagi menampung operasi kita dalam setahun. Itu baru skuad kebangsaan, belum termasuk kejohanan dan lain-lain. Sebab itu kita sentiasa bekerja mencari dana,” kata Erick.
Januari lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima peruntukan berjumlah RM5 juta daripada kerajaan atas kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3 ketika saingan Piala Asia 2023.
Peruntukan terbabit adalah hasil daripada penat lelah dan kesungguhan barisan pemain Harimau Malaya mempamerkan aksi memukau apabila bertemu pasukan yang berada di kedudukan ke-23 dunia pada terakhir kumpulan E di Stadium Al-Jonoub, Qatar.