Seminggu dua ini jenama Yamaha RX-Z menjadi bualan orang ramai kerana ada motosikal terjual pada harga lebih RM100,000 yang dibeli oleh seorang usahawan wanita.

Baru-baru ini pula, tular satu video menunjukkan dua orang lelaki membuat akad jual-beli sebuah buku manual RX-Z.

Baca Juga:

Sememangnya buku manual tersebut rare, lelaki tersebut sanggup membayarnya setinggi RM30,000 secara tunai.

@jijieracingg

sejarah tercipta 16/10/2024 manual book catalyzer last model terjual dengan harga 30k di bayar secara tunai🔥 #rxzfighterofficial #rxz_members_official #ztracing #jebolracing #jijieracingg #rockoilmotorgroup #jbstyle #rxzstilltheboss #realmanplayrxz #rxzmania #rxzmalaysia #kakirxz #southernrxz #realjebolteam #rxzlovers #ownerxz #5pv #rxzcatalyzer

♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke

“Sejarah tercipta 16/10/2024, manual book catalyzer last model terjual dengan harga RM30,000 dibayar secara tunai,” petik hantaran video @jijieracingg.

Rata-rata warganet berasa geli hati dengan konten video tersebut. Ramai membanjiri ruangan komen dengan bertanya berapakah harganya untuk buku Avon dan Kasut Kelopak Jantung NOS (New Old Stock).

Sementara itu, hasil carian di Google menunjukkan buku manual RX-Z telah terjual serendah RM189 dan RM200 sahaja di platform Carousell sebelum ini.

Sumber Gambar: Carousell @donabu087
Sumber Gambar: Carousell @rusakuningbundle35