Apa perasaan anda jika ada orang tidak dikenali secara tiba-tiba marah anda tanpa sebab dan merakam kejadian tersebut untuk dijadikan konten tanpa pengetahuan anda?
Itulah apa yang berlaku kepada Nadia Brian apabila dia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang wanita yang merupakan influencer serta usahawan pakaian bertindak menengking dan marahnya di hadapan orang awam.
Baca Juga:
- Dakwa Laporan Pukul Wanita Tahun 2005 Diabaikan, Farid Kamil Mahu Syamsul Yusof Dikenakan Tindakan?
- Digelar Destinasi ‘Muslim Friendly’, Ini 7 Restoran Halal Terbaik Di Taiwan Yang Anda Wajib Cuba
- Macam Bawa Satu Rumah, Kegigihan Influencer Ini ‘Setup’ Khemah Raih Perhatian Netizen
https://www.tiktok.com/@nadia.brian/video/7208163807821139226?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7204445110700197377
Menerusi video tersebut, influencer tersebut telah menengking Nadia ketika karnival jualan Starvendors, Johor Bahru dan riak wajah Nadia jelas menunjukkan dirinya tidak selesa dengan keadaan tersebut.
Menurut Nadia, dia merasakan tindakan influencer itu melampau dan memalukan apabila dimarahi di hadapan orang ramai hanya kerana dia tidak mengenali usahawan itu. Tambahnya, dia juga akan ambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan tersebut.