Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 secara rasmi semalam. Ketika istiadat angkat sumpah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membawa pen sendiri untuk tanda tangan watikah pelantikan.
Lantaran itu, pengguna Twitter @fakhrifadzli telah berkongsi di Twitter miliknya gambar pen yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.
Baca Juga:
- Dua Dekad Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim Akhirnya Diangkat Sebagai PM Ke-10
- ‘Apek Cina’ Ini Jelaskan Kenapa Masyarakat Cina Mahukan Anwar Ibrahim Sebagai PM
- Filem Biopik ‘Jalan Masih Panjang’ Tentang Anwar Ibrahim Dalam Pembikinan
PM Ke-10 guna pen RM2.35 untuk tandatangan warkah perlantikan.
Lepas ni saya nak guna pen ni jugaklah untuk tandatangan buku. pic.twitter.com/lOLyCD4DNG
— Fakhri (@fakhrifadzli) November 24, 2022
Menurutnya, pen yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukanlah ‘custom made’ tetapi pen berjenama Artline berharga sekitar RM2.80 di pasaran.
Perkongsian Fakhri telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan mahu membeli pen tersebut serta ada juga yang mengatakan pen ini memang sangat selesa digunakan.
Weh.. pen artline nie legend tau.. masa belajar buat design, lect suruh beli pen ni n siap bg tahu mata apa https://t.co/DJG9S8EbEZ
— lisamorni (@lisamorni) November 25, 2022
sudaahh jangan sampai stock artline habis kat store nanti dahlah ahahhaha https://t.co/6UMfZjteaf
— syua 🇵🇸 (@euimineuntxt) November 24, 2022
Add to cart 🛒
Buy ✨ https://t.co/6mEJfeEEWZ— Maisarah (@Mayomino2) November 24, 2022
Ustaz tengah bercakap tentang pen PM10 dan saya pakai ya? 🫣
InsyaAllah mana tahu jadi PM juga lepas AM😂 pic.twitter.com/RikV5KoAHA
— 𝓐. (@a_shafiqq) November 24, 2022
https://twitter.com/AsyilaFrancis/status/1595803186937270273
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mengatakan bahawa pasti pen ini akan habis terjual selepas ini dan hasil tinjauan kami di Shopee, ada beberapa kedai yang menjual pen ini telah habis terjual.