Sekiranya anda merupakan pendengar radio Singapura atau merupakan peminat cerita seram, kami yakin anda pasti kenal dengan DJ KC.

Berjaya mengemudikan rancangan Misteri Jam 12 serta Malam Seram di YouTube sejak bertahun lamanya membuatkan beliau dikenali berikutan gaya penyampaian beliau yang ikonik.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Terbaharu, DJ KC yang merupakan warga Singapura tampil berkongsi menerusi laman Facebook rasmi beliau realiti memiliki atau membeli kereta di Singapura.

Berdasarkan perkongsian, kereta Perodua Myvi yang dianggap kereta marhaen bagi warga Malaysia hadir dengan harga yang tinggi di Singapura. Difahamkan model ini sedia ditawarkan pada harga sekitar $136,501 (~RM409,501) termasuk COE bagi 10 tahun.

Ditawarkan pada harga mencecah hampir setengah juta, pembeli Perodua Myvi di Singapura hanya berpeluang untuk menggunakannya bagi tempoh 10 tahun sahaja.

Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung telah mengejutkan segelintir para netizen dari Malaysia selepas mengetahui perbezaan jurang harga sebuah Perodua Myvi di dua negara ini.

Sementara itu, tidak kurang yang meluahkan rasa syukur negara Singapura mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik dalam mendesak orang ramai terpaksa membeli kereta.

'Hanya T20 Layak Pakai Myvi' - DJ KC Kongsi Realiti Memiliki Kereta Di Singapura
Sumber: Facebook dj kc
'Hanya T20 Layak Pakai Myvi' - DJ KC Kongsi Realiti Memiliki Kereta Di Singapura
Sumber: Facebook dj kc
'Hanya T20 Layak Pakai Myvi' - DJ KC Kongsi Realiti Memiliki Kereta Di Singapura
Sumber: Facebook dj kc

DJ KC turut memaklumkan harga yang dikongsikan adalah berdasarkan anggaran bagi model baharu Perodua Myvi. Ditawarkan pada harga yang tinggi, DJ KC turut memaklumkan harga rumah di Singapura lebih ‘seram’ untuk didapatkan berikutan harga yang jauh daripada kemampuan orang ramai.