Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Demographia International mendapati rumah kediaman di Malaysia sebagai ‘sangat tidak mampu milik’. Kajian ini telah diperakui oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Harvard.
Menurut Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Qaiser Iskandar Anwarudin berkata dalam satu laporan oleh BH Online, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah yang baru dibangunkan berikutan harganya di luar keupayaan kewangan mereka.
Tambah beliau lagi, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu dilancarkan kerana harga purata hartanah baharu bernilai RM417,262 berbanding harga maksimum rumah mampu dimiliki mereka hanya bernilai RM282,000.
Contohnya, harga maksimum mampu milik bagi rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah sekitar RM454,000, namun median sebenar yang ditawarkan adalah RM793,000. Ini menjurus kepada unit rumah tidak terjual semakin meningkat.
Menurut beliau lagi, “Tahap ketidakmampuan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah masih menjadi faktor penghalang utama kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri. Sebuah rumah dianggap mampu milik sekiranya harga ditawarkan tidak lebih daripada tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah.”
“Mengikut faktor kemampuan rakyat berdasarkan median multiple, harga rumah di Malaysia pada 2016 berada pada kadar 4.8 kali ganda pendapatan tahunan isi rumah berbanding 3.9 kali ganda pada 2012. Ini menunjukkan kadar ketidakmampuan rakyat membeli rumah sendiri adalah kian meningkat,” katanya pada sesi taklimat penerangan bersama media mengenai tajuk ‘Household Indebtedness’.
Terdahulu, Johor mencatat jumlah tertinggi rumah tidak terjual di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Johor Catat Jumlah Hartanah Tidak Terjual Tertinggi Di Malaysia
Ini Perkara Yang Geng Hartanah Tidak Beritahu Ketika Beli Rumah Pada Usia Muda