Pertahanan Manchester United, Harry Maguire menegaskan bahawa beliau merupakan sebahagian daripada masa depan kelab tersebut dan mahu menghadiahkan lebih banyak kejuaraan buat The Red Devils.
Selepas menikmati tiga musim yang penuh kompetitif dimana sering menjadi pilihan untuk mengisi posisi pertahanan tengah, Maguire kemudiannya dilihat bergelut untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama.
Baca Juga:
- Manchester United Mungkin Lepaskan 7 Pemain Ini
- Dilabel Antara Pengurus Terbaik Eropah Jadi Sebab Man Utd Kekalkan Erik Ten Hag
- Ini Perkara Erik Ten Hag Perlu Selesaikan Segera Selepas Kontrak Dilanjutkan
Ia jelas dibuktikan dengan 16 penampilan pada musim 2022/23 dan 22 perlawanan ketika menghadapi musim lalu.
Keadaan itu menyebabkan terdapat desas-desus mengatakan pemain yang menyertai pasukan dengan tanda harga £80 juta itu akan meninggalkan Manchester United.
Meskipun masih tidak mengetahui nasibnya pada musim baharu ini, Maguire tetap komited ingin membantu pasukan sekiranya khidmatnya diperlukan oleh ten Hag.
“Melainkan kelab mengatakan bahawa saya akan dijual atau saya tidak dikehendaki di sana lagi,” ujar Maguire ketika ditanya sumber Sky Sports mengenai masa depannya di Old Trafford.
“Semua yang saya dengar dan aksi yang saya tunjukkan daripada kelab, saya adalah sebahagian daripada masa depan dan sudah tiba masanya untuk mencuba dan menjadikan kelab ini berjaya semula, mencabar untuk trofi besar.”
Dalam pada itu, Harry Maguire yang terlepas aksi final Piala FA dan Euro 2024 tempoh hari kerana mengalami kecederaan menganggap tempoh beberapa bulan lalu nyata amat sukar buatnya.
“Ia adalah saat yang sukar dalam kerjaya saya. Ia mungkin detik paling sukar dalam kerjaya saya setakat ini,” katanya.
“Untuk meletakkan diri saya dalam kedudukan di mana sepanjang tahun saya telah bekerja keras untuk bermain pada penghujung musim dan bermain dalam perlawanan besar ini, final piala dan kemudian pergi ke Euro dan cuba memenangi kejohanan untuk negara saya.”
“Saya rasa seperti saya mendapat kedudukan yang hebat dari segi fizikal dan mental untuk pergi dan beraksi pada tahap tertinggi, dan untuk menghadapi kecederaan itu, ia adalah saat yang sukar bagi saya.”
Di sebalik kesukaran dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 yang menyaksikan United sekadar berada di kedudukan kelapan, skuad kendalian Erik ten Hag itu muncul juara Piala FA.