Pada sekitar tahun 2004-2006 lalu, ada satu iklan syampu cukup diingati orang ramai dengan menunjukkan situasi seorang pelajar wanita kolej bertudung berjaya memikat seorang pelajar lelaki selepas memakai syampu tersebut.
Baru-baru ini video itu kembali menjadi bualan ramai semula apabila ‘hero’ iklan syampu itu telah diberkas SPRM selepas disyaki menjadi ‘orang tengah’ dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang tahun 2020 hingga 2022.
Baca Juga:
- SPRM Serbu Lapan Agensi Kerajaan, Sembilan Syarikat Didakwa Seleweng RM92.5 Bilion
- 11 Individu Berkait ‘Kartel Saman Trafik’ Bernilai Lebih RM5 Juta Ditahan SPRM
- Rasuah RM2.3 Bilion, CEO GLC Antara 8 Individu Yang Ditahan SPRM
‘Hero’ berusia 42 itu ditahan pada malam Khamis lalu, 5 Januari 2023, ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan. Dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan direman lima hari bermula 6 hingga 10 Januari, lapor Free Malaysia Today (FMT).
Tahukah anda masih ingat lagi iklan Sunsilk ni?
Heroin dia org kenal, tapi hero dia ramai tak kenal.
Kalau nak tau hero dia baru kelmarin kena berkas dgn SPRM disyaki sapu komisyen 3-5% dari RM92.5 billion projek kerajaan.
Kira tengok 4%.
Lebih RM3 billion komisyen saja. pic.twitter.com/SwkrgF2Xm4
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) January 7, 2023
Perkongsian Twitter @faktabukanauta telah membuat netizen terkejut apabila mengetahui ‘hero’ iklan syampu itu merupakan salah seorang daripada 5 individu yang dipercayai menjadi dalang atau ‘orang tengah’ kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.
Dalam pada itu, sumber FMT mendakwa ‘hero’ iklan syampu yang ditahan itu dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan ‘pihak atasan’.
The plot twist 🫣 https://t.co/wc1d825wMd
— currently storyboarding at redacted (@SarahWarao) January 8, 2023
Omg! What a shocking news! https://t.co/AgiPlut5Ku
— Dean Halim (@dean_abdhalim) January 7, 2023
Patut lah macam pernah nampak muka mamat tu hahhaa https://t.co/5gwT0Qr2Sg
— Stormo (@shahrul_izh) January 7, 2023
Dulu minat terukssss hero dia 😭 https://t.co/upuYk9J3ND
— Teera (@ateeradahalan) January 7, 2023
“Hampir 90% projek yang diberikan secara runding terus masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.
“Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10% projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10% hingga 20%,” katanya.
Pada 9 Dis lalu, SPRM berkata fokus siasatan berhubung dakwaan salah guna dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika COVID-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion, iaitu jumlah dibelanjakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Hanya RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan daripada peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion yang dibelanjakan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan COVID-19.
Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.
Difahamkan beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.