Orang ramai terkejut apabila melihat susuk tubuh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang semakin susut ketika hadir untuk pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Berat badan wanita berusia 31 tahun itu dilaporkan mencecah 150kg ketika mula dipenjarakan pada 3 Mei lalu namun kini menyusut kepada 90kg sahaja.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika disapa media sama ada dia sihat atau tidak, wanita itu hanya mengangguk sambil tersenyum, lapor Harian Metro.

Pada 3 Mei lalu, pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mendapati pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun bersalah terhadap dua dakwaan mengabai dan menganiaya Bella, berusia 13 tahun, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Dalam pada itu Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara kelak.