Menghirup udara yang segar sambil menikmati teh di atas bukit pastinya akan memberikan anda satu perasaan yang berbeza. Ladang teh di Cameron Highlands sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Selain itu, terdapat tempat menarik lain di sana seperti ladang lavender, ladang strawberi dan sebagainya. Tidak cukup rasanya untuk bercuti sehari ke sana.
Jika anda berkunjung ke sana, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di Hillside Cottage. Lokasinya cukup strategik di pekan Tanah Rata dan anda boleh ke padang, stesen bus, kedai runcit, restoran, bank dan sebagainya dengan hanya berjalan kaki.
Rekaan Hillside Cottage yang menggunakan kayu bakal membuatkan anda berasa di kampung halaman. Malah, chalet ini dikelilingi dengan keindahan semula jadi pasti menenangkan fikiran anda.
Anda juga boleh berbbq di gazebo dan kawasannya yang agak luas sesuai untuk anda menganjurkan family gathering. Harga penginapan ini bermula dari RM110 hingga ke RM220 sahaja. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, anda boleh ke akaun Facebook Hillside Cottage.
Anda merancang untuk ke Cameron Highlands? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui tip bercuti ke Cameron Highlands.
22 Perkara Dan Tip Yang Ingin Aku Kongsikan Semasa Bercuti Di Cameron Highland
Penginapan Berkonsepkan Rumah Tradisional Orang Asli Di Cameron Highlands
Mungkin Ramai Belum Tahu Kewujudan Kampung Melayu Di Cameron Highland Ini