Sebuah video memaparkan dua orang guru mencampakkan beberapa buah telefon bimbit dipercayai milik pelajar ke dalam api yang marak tular di media sosial. Akan tetapi, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan dan dapat dilihat para pelajar menyaksikan kejadian telefon bimbit dibakar.

Video TikTok yang dikongsikan kembali pengguna Twitter @theonlyizzah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut menyaksikan kejadian tersebut.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan guru itu yang dilihat melampaui batas. Malah, para netizen mengatakan jika pelajar didapati melakukan kesalahan, cukuplah sekadar menyimpan telefon bimbit dan memberikan peringatan.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut mengatakan mungkin ibu bapa yang memberikan kepada pelajar untuk membawa ke sekolah atas beberapa faktor dan kini, telefon bimbit boleh dikatakan penting dalam penggunaan seharian.

https://twitter.com/nazleeeeee/status/1495642823869480963

https://twitter.com/thatbawalgirl/status/1495639329611616257

Malah, ada juga netizen mengatakan mungkin ada pelajar yang bukanlah dengan mudah boleh dapatkan telefon bimbit akan terkesan jika dibakar begitu sahaja. Akan tetapi, ada juga netizen yang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh guru tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Ejaan Sahaja Berbeza’- Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?

Ramai Singgah Hanya Untuk Konten, Polis Terpaksa Bantu Kosongkan Stesen Minyak Di Genting Highlands

Balu Arwah Abam Menang Tuntutan Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60,000