Dalam satu temu bual eksklusif bersama TV3, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyatakan mana-mana penjawat awam didapati memiliki hutang lebih 10 kali ganda gaji bulanan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut beliau, ia merupakan satu kesalahan dibawah Sub-Peraturan 13 (7) Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, petik Buletin TV3.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

'Miliki Hutang 10 Kali Ganda Gaji Bulanan, Penjawat Awam Berdepan Tindakan Tatatertib' – KSN
Sumber Gambar: Facebook Shamsul Azri bin Abu Bakar

“Apa yang dimaksudkan keberhutangan melampau ini, pada bila-bila masa keberhutangan (penjawat awam) 10 kali gaji bulanan.

“Kedua, penghutang penghakiman tidak dapat dijelaskan tempoh satu bulan atau pegawai diisytiharkan bankrap oleh mahkamah atau badan berkuasa. Ini kita sebut sebagai satu kesalahan kepada penjawat awam,” jelasnya.

106 penjawat awam dikenakan tindakan
'Miliki Hutang 10 Kali Ganda Gaji Bulanan, Penjawat Awam Berdepan Tindakan Tatatertib' – KSN
Sumber Gambar: Facebook Shamsul Azri bin Abu Bakar

Seramai 106 pegawai awam telah dikenakan tindakan tata tertib atas kesalahan bankrap disebabkan keberhutangan melampau, setakat tahun 2023 lalu.

Mengikut pekeliling ditetapkan tambah Shamsul Azri, pendapatan bersih penjawat awam hendaklah berada sekurang-kurangnya 40 peratus daripada gaji.

Walau bagaimanapun, had itu dikecualikan bagi pinjaman melibatkan pendidikan dan perumahan.

“Ketua jabatan perlulah memantau gaya hidup dan mengambil peduli pegawai dibawahnya. Ketua jabatan juga boleh merujuk pegawai kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Atau merujuk pegawai psikologi dan mesti ketua jabatan hendaklah memastikan setiap masa gaji bersih (pegawai bawahan) tidak kurang daripada 40 peratus. Ini antara tindakan preventif perlu diambil oleh ketua jabatan,” jelasnya lagi.

Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.

Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.

Sumber