Selain daripada menawarkan harga berpatutan, keunikan dan servis sesuatu penginapan itu antara yang dipertimbangkan oleh ramai orang sebelum mereka membuat tempahan.
Sekinchan, Selangor merupakan antara destinasi pilihan mereka yang tinggal di ibu kota untuk lari dari hiruk pikuk kota. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ausmeshi telah berkongsi penginapan yang ditempahnya ketika percutiannya di Sekinchan.
Baca Juga:
- 3 Lokasi ‘Rahsia’ Kedai Makan Sedap Tepi Sungai Di Sekitar Selangor
- Kongsi ‘Review’ Menginap Selama 46 Malam Di Hard Rock Hotel, Netizen Tercengang Bila Kira Kos Penginapan
- Tutup Dan Tiada Penghuni, Pengalaman Buruk Lelaki Ini Tempah Hotel OYO Raih Perhatian Netizen
Penginapan aku di Sekinchan.
Terus teringat rumah flat Pengabdi Setan 2. Memang seketul di tgh kawasan lapang 😂 pic.twitter.com/53zytbWaU9
— Aus Meshi (@AusMeshi) March 18, 2023
Ini bilik 4orang. RM 188
Buka tingkap tu terus nampak sawah padi pic.twitter.com/Xv20Lipx4d
— Aus Meshi (@AusMeshi) March 19, 2023
Menerusi perkongsian tersebut, dia telah memilih untuk menginap di Padi Sentral Homestay dan penginapan dikelilingi sawah padi yang akan memberikan ‘view’ menakjubkan kepada tetamunya. Akan tetapi, dia mengatakan bangunan penginapan tersebut mengingatkannya akan flat dalam filem Pengabdi Setan.
Walaupun demikian, penginapan ini dikatakan selesa dan hadir dengan 5 jenis pilihan bilik serta harganya cukup berpatutan kerana lengkap dengan penghawa dingin serta kemudahan lain. Malah, terdapat rooftop untuk anda lepak bersama rakan anda atau keluarga.