Sebelum ini, Puteri Balqis pernah mendedahkan tentang realiti kehidupan masa lalunya dimana dia dan ibunya terpaksa hidup dengan ‘nafsu binatang’ bapa dan antara perbuatan jijik yang dilakukan adalah serangan seksual.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah mendedahkan bagaimana dia dan keluarganya bertahan hidup ketika dia jatuh sakit dan perlukan dana besar dalam perubatannya.
Baca Juga:
- Puteri Balqis Akui Masih Teringat ‘Masa Lampau’, Makan Ubat Untuk Tenang
- Didakwa Eksploitasi ‘Kisah Hidup’ Puteri Balqis, NGO Tidak Setuju Tindakan YouTuber Siarkan Temu Bual
- Ini Realiti Kehidupan Puteri Balqis Terpaksa Ikat Perut 3 Hari Buat Ramai Terkejut
Terbaharu, dalam satu perkongsian di TikTok, Puteri Balqis telah mendedahkan bahawa ibunya pernah dituduh sebagai penagih dadah selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu ketika dahulu.
Menerusi beberapa hantaran yang panjang di media sosial berkenaan, Balqis bersikap lebih terbuka berkongsi kisah silam dia dan ibunya.
Menurutnya, dia menjadi saksi ibunya dimalukan oleh kru produksi dan dia juga pernah menjadi sasaran kebencian ketika di set penggambaran.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa seorang selebriti berpengaruh yang cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dihadapi apabila mahu dijadikan konten dengan dibayar RM5,000 dengan syarat perlu berlakon mengikut kehendak mereka seperti berlakon hidup susah.
“Mereka rakam video kakak jual buku bersama anak lelakinya dengan alasan mahu anaknya belajar erti susah. Selepas itu, mereka tidak hantar kita balik tetapi bawa ke rumah mereka yang sebesar istana.
“Bila kita masuk, kamera telah dipasang dan terperangkap untuk jawab soalan yang kita buntu berikan jawapan. Semua jawapan yang boleh menjatuhkan kita dimuat naik di YouTube.” tulis Balqis.
Di akhir perkongsian, Balqis memberi pesanan buat seseorang yang dipercayai begitu istimewa di hati ibunya. Jelas Balqis, dia berharap lelaki tersebut dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibunya.