Pada tahun 2012, sebuah filem Istanbul Aku Datang yang dibintangi oleh Lisa Surihani dan Beto Kusyairy telah mencipta fenomena. Pastinya ramai peminat filem tersebut masih teringat beberapa babak mencuit hati dalam filem itu.
Terbaharu, dalam sebuah iklan pendek jenama daging perap terkenal, Pak Mat Western, Lisa dan Beto telah digandingkan bersama membawa ‘vibes’ seakan-akan ‘remake’ filem Istanbul Aku Datang.
Baca Juga:
- Ibarat Flat Dalam Pengabdi Setan, ‘First Impression’ Penginapan Lelaki Ini Di Sekinchan Curi Tumpuan Netizen
- Netizen Sebak Bila Tahu Telemovie Saat Hilang Cintamu Diinspirasikan Daripada Kisah Benar
- Dari Utara Ke Selatan, Ini 10 Destinasi ‘Must Visit’ Jika Anda Ke Taiwan
@pakmatwestern Dejavu betul setelah 11 tahun tengok cerita ni🤠#fyp #foryou #istanbulakudatang
Menerusi iklan terbabit, Lisa yang baru pindah rumah telah menjemput jiran untuk berbuka puasa dan terkejut jirannya itu adalah Beto. ‘Pertengkaran’ manja antara mereka berdua dalam iklan mengimbau watak mereka dalam filem Istanbul Aku Datang.
Bukan itu sahaja, diakhir iklan Beto juga ada melontarkan dialog mengatakan pernah berkahwin dengan isteri Yusry dalam filem. Iklan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat Lisa dan Beto.
Malah, para netizen turut mengimbau kembali babak dalam filem tersebut dan berkongsi babak apa yang masih mereka ingat sehingga sekarang. Tidak hanya itu, disebabkan filem terbabit, ada juga netizen yang mula menyukai Maggi Asam Laksa.