Bagi memberi penghormatan buat filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond 8 April 2020 ini, adidas nampaknya bakal menghasilkan koleksi khas untuk filem berkenaan.
Imej pertama koleksi James Bond x adidas ini merupakan model UltraBOOST 20 dengan nombor ikonik ‘007’ tertulis di bahagian belakang kasut ini. Model ini menampilkan warna ‘All Black’ dan hanya tulisan ‘007’ ditulis dengan warna emas.
Biasanya apabila sudah ada sample, model ini akan dipasarkan sedikit awal berbanding filemnya. Jadi, jangkakan model ini berada di pasaran akhir bulan Mac 2020 dan dijual pada harga sekitar RM800.
Berikut merupakan koleksi adidas x Naruto ‘Kakashi’ yang turut dijangka berada di pasaran tahun ini.