Pada saban tahun, kita sering mendengar berita tentang mangsa penipuan dalam talian yang mencecah puluhan ribu ringgit. Perkara ini masih berlanjutan lebih-lebih lagi selepas kewujudan kriptowang yang bernilai tinggi.

Terbaharu, seorang individu tempatan telah berkongsi kisah malangnya yang mengalami kerugian sebanyak RM500,000 dalam urusan penjualan kriptowang miliknya. Kriptowang Tether (USDT) milik mangsa telah dipindahkan ke akaun scammer tetapi malangnya tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter alanrslee

Kisah ini bermula apabila mangsa menerima tawaran seseorang individu yang mahu membeli kriptowang daripada platform Huobi. Dengan menggunakan fungsi dagangan secara terus melalui Huobi, kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan urusan transaksi seperti biasa.

Sumber Gambar: Twitter alanrslee

Suspek lalu memberikan gambar resit pemindahan wang sebanyak RM500,000 ke akaun mangsa bagaimanapun ia sebenarnya hanyalah cek tendang. Pada awalnya, akauntan mangsa menyangka pindahan wang itu telah masuk ke akaun syarikat mereka.

Sumber Gambar: Twitter alanrslee

Mangsa pula memindahkan sejumlah kriptowang USDT yang bernilai RM500,000 ke akaun suspek tanpa sebarang syak wasangka. Namun, selepas tiga hari kemudian baru menyedari tiada sebarang wang yang diterima.

Selepas menyedari telah tertipu, mangsa telah membuat laporan polis bersama dokumen sokongan dalam usaha mendapatkan semula wang yang telah ditipu. Pihak Huobi juga masih belum memberi respon mengenai insiden penipuan tersebut.

Bercakap mengenai urusan pemindahan wang dalam talian, anda diingatkan untuk menyemak secara terperinci setiap urusan transaksi agar tidak tertipu. Hal ini kerana penipu ada sahaja helahnya untuk mengambil duit anda.

Sumber