Skuad kebangsaan Indonesia tida berhenti dalam usaha mereka untuk mencari pemain warisan dimana menurut laporan dua pemain baharu bakal menyertai pasukan itu.

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir memuat naik gambar di laman X miliknya yang menunjukkan beliau makan malam bersama dua pemain iaitu Mees Hilgers dan Eliano Reijnders.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini lantas membuatkan ramai yang berspekulasi bahawa dua pemain ini akan memperkuatkan skuad Garuda dalam perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.

Hilgers merupakan pemain pertahanan tengah yang beraksi bersama kelab Eredivisie iaitu FC Twente sejak 2011 dimana beliau sudah bersama kelab itu sejak dari peringkat bawah umur.

Menurut laporan media tempatan, pemain berusia 23 tahun itu mempunyai kaitan dengan Indonesia melalui ibunya yang berasal dari Manado.

Bagi Eliano pula, pemain yang juga berusia 23 tahun itu beraksi bersama satu lagi kelab Eredivisie iaitu PEC Zwolle dan boleh mengisi poisisi sayap dan pemain tengah menyerang.

Eliano merupakan adik kepada pemain yang memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda iaitu Tijani Reijnders dimana kedua-dua pemain ini memiliki kaitan dengan Indonesia melalui ibu mereka yang berasal dari Maluku.

Skuad bimbingan Shin Tae-yong itu memiliki lebih 11 pemain warisan yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.

Baru-baru ini, skuad Garuda berjaya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Arab Saudi dalam aksi pembukaan kumpulan C.

Dua pemain warisan iaitu Ragnar Oratmangoen dan Maarten Paes menjadi wira dimana Ragnar menjaringkan gol pada separuh masa pertama manakala Paes menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh ketua pasukan Arab Saudi iaitu Salem Aldawsari pada separuh masa kedua.