Rakyat Indonesia menegaskan mereka hanya unggul dari segi jersi yang dipakai oleh pasukan bola sepak negara itu sekiranya membuat perbandingan dengan Malaysia.

Kedua-dua negara menjadi perbincangan di kalangan peminat bola sepak selepas melancarkan jersi baharu yang akan dipakai dalam perlawanan akan datang.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Malaysia menjalin kerjasama dengan salah satu jenama ternama di dunia iaitu Puma manakala Indonesia meneruskan kerjasama mereka dengan jenama tempatan iaitu Erspo.

Ketika peminat bola sepak kedua-dua negara bercakap mengenai jersi masing-masing, segelintir rakyat Indonesia menganggap negara mereka hanya menang pada jersi bola sepak, namun kalah jauh dengan Malaysia dari pelbagai aspek.

Antara yang dicemburui oleh rakyat negara seberang ialah kemajuan yang ditunjukkan oleh Malaysia baik dari segi ekonomi, fasiliti, kemudahan untuk masyarakat, kualiti pendidikan, keperluan harian yang cukup dan juga peluang pekerjaan.

Baru-baru ini, seorang netizen Indonesia meluahkan pendapatnya yang mahu berpindah ke Malaysia kerana lebih banyak peluang pekerjaan secara khususnya.

“Saya patut pindah ke Malaysia ke, sepertinya kos hidup yang lebih kurang sama seperti di Jakarta tetapi lebih banyak peluang di sana”, kongsinya.

Selain mempunyai peluang pekerjaan yang lebih meluas, mereka merasakan kualiti kehidupan di sini jauh lebih bagus dari negara asal.

Selain itu, mereka juga merasakan penawaran gaji di sini lebih kompetitif sekaligus mampu menampung kos sara hidup sambil menambung jika kalau nak dibandingkan dengan gaji di negara asalnya.

Malah, ada yang pernah atau masih menetap di sini berkongsi yang mereka sangat gembira dapat menikmati kemudahan elektrik dengan caj yang rendah.

Ada yang mendakwa negara Indonesia sudah tiada harapan lagi kerana kemelut politik dan juga kelemahan pemimpin dalam membangunkan negara terbabit.