Skuad kebangsaan Indonesia terus diperkuatkan oleh pemain kacukan dari Belanda dimana baru-baru ini seorang pemain sah beraksi bersama pasukan itu.

Pemain yang dimaksudkan ialah Kevin Diks dimana pemain pertahanan itu beraksi bersama FC Copenhagen dalam saingan Liga Denmark musim ini.

Baca Juga:

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir baru-baru ini memuat naik gambar beliau bersama Kevin selepas mengadakan makan malam bersama pemain itu.

Menurut laman Instagram Erick, beliau mengucapkan selamat datang kepada Kevin dan perkara ini bermakna pemain berusia 28 tahun itu menjadi senjata baharu skuad Garuda.

Sama seperti kenanyakan pemain warisan yang lain, Kevin memiliki kaitan dengan Indonesia menerusi ibunya yang dilahirkan di Pulau Maluku.

“Ibu bapa kepada ibu saya dilahirkan di Pulau Maluku tepatnya kota Ambon dan mereka kemudian pindah ke Belanda untuk mencari kehidupan yang lebih baik selepas perang,” lapor media negara jiran.

Dalam karier bola sepak beliau setakat ini, Kevin pernah beraksi di beberapa negara Eropah seperti Itali, Denmark dan juga Belanda.

Sebelumnya, Kevin pernah beraksi bersama skuad Belanda B-19 dan B-21 Tahun namun belum pernah beraksi bersama skuad senior negara itu.

Pada tahun 2018, Diks hampir beraksi bersama skuad senior dimana nama beliau tersenarai untuk menyertai kem latihan namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana mengalami kecederaan.

Bersama Copenhagen, Kevin membantu kelab itu muncul juara saingan liga pada musim 2021/2022 dan 2022/2023, seta Piala Denmark pada musim 2022/2023.

Kevin merupakan pemain yang mempunyai keturunan Belanda ke-10 yang beraksi bersama Indonesia sejak PSSI berada dibawah nahkoda Erick Thohir.

Hanya dua pemain warisan yang bukan keturunan Belanda beraksi bersama skuad Garuda iaitu Elkan Baggott dan Jordi Amat.