Seorang model influencer dari Hong Kong, Abby Choi, menjadi bualan dunia ketika ini apabila wanita berusia 28 tahun itu dibunuh dengan kejam apabila mayat mangsa ditemui telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat berasingan.
Menurut laporan antarabangsa, beberapa bahagian badannya yang dipotong ditemui di kediaman Hong Kong, kata polis pada hari Sabtu. Sebelum itu, Polis Hong Kong menemui kaki Abby Choi di dalam peti sejuk di dalam sebuah rumah di Kampung Lung Mei di Daerah Tai Po pada hari Jumaat.
Baca Juga:
- Ketua Polis Nara Akui ‘Bertanggungjawab’ Atas Pembunuhan Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe
- Terlepas Tuduhan ‘Membunuh’ 11 Tahun Lalu, Netizen Dakwa Lelaki Ini Maut Di Lokasi Pembunuhan Kerana Hukum Karma
- Pembunuhan Jalil Ibrahim Yang Pernah Mendapat Perhatian Dunia Ini Masih Menjadi Misteri
Sebuah unit di tingkat bawah rumah tiga tingkat itu didirikan sebagai ‘rumah penyembelihan’ apabila di dalamnya dilengkapi dengan gergaji elektrik dan penggiling daging yang telah digunakan untuk mengisar daging manusia.
“Kami masih mencari kepala mangsa,” kata penguatkuasa Alan Chung kepada pemberita, selepas mendedahkan bahawa anggota badan model itu telah ditemui di dalam peti sejuk.
Seramai empat orang, termasuk bekas mertua dan abang ipar Choi, telah ditahan berhubung pembunuhan itu, kata polis. Polis juga sedang mencari bekas suami Choi, dan mengumumkan penahanan tambahan seorang lelaki berhubung jenayah itu malam Sabtu.
Pihak berkuasa percaya Abby mempunyai ‘pertikaian kewangan’ dengan bekas suaminya dan keluarganya mengenai hartanah berharga 100 juta dolar Hong Kong (RM55.51 juta), yang dia telah merancang untuk menjualnya.
“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak ‘pertikaian kewangan’ membabitkan jumlah yang besar.
“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, sekaligus menjadi motif utama untuk membunuhnya,” kata Alan Chung.
Selepas mereka memecah masuk ke dalam rumah yang disewa oleh bekas bapa mertuanya pada petang Jumaat, polis menemui dua kaki di dalam peti sejuk, serta kad pengenalan, kad kredit, dan barang-barang lain mangsa.