Genting Highlands sememangnya satu tempat ‘wajib’ pergi oleh pemilik kereta kerana pengalaman memandu menaiki dan menurun kawasan itu yang mencabar skil.
Baru-baru ini sekumpulan pemandu dari Thailand telah pergi merasai sendiri pengalaman tersebut.
Baca Juga:
- Tak Sayang Nyawa, Sekumpulan Motosikal Berhenti Di Tengah Selekoh Jalan Genting Highlands
- Bangunan SkyAvenue Di Genting Highlands Terbakar
- Tauke Durian Ditahan Curi Cip Kasino Genting Highlands Bernilai RM4.6 Juta
Bagaimanapun didapati salah seorang ahli konvoi itu memandu secara berbahaya.
@rkunakornsz เสียตังไม่พอ เกือบเสียชีวิต🤣#gtstuning #genting #malaysia #fyp
♬ original sound – S3ที่จะเป็นM3ให้ได้เลยอ่ะ – S3ที่จะเป็นM3ให้ได้เลยอ่ะ
Menerusi rakaman video dashcam yang dimuat naik TikTok @rkunakornsz, kereta BMW tersebut hampir terkena tembok tepi jalan semasa menuruni selekoh.
Selepas itu nyaris terbabas masuk ke laluan bertentangan ketika menaiki bampar dengan laju.
Dalam masa sama, kedengaran pemandu dan penumpang dalam kereta dashcam yang merakam situasi itu bergelak-sakan melihat ‘aksi’ rakan mereka itu.



Warganet berasa geli hati selepas melihat video tersebut, untuk turun jalan Genting Highlands memang memerlukan skil mengendali kenderaan dengan baik.
Namun, ramai yang merasakan tindakan BMW Thailand tersebut berbahaya sehingga boleh mendatangkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
Ia lebih menyusahkan kerana melibatkan kenderaan dari luar negara dari Malaysia.