Malaysia adalah negara berbilang bangsa, dengan tiga kaum yang menjadi majoriti utama iaitu Melayu, Cina dan India. Perbezaan paling ketara antara tiga kaum ini, selain budaya adalah bahasa.

Malaysia menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Ia sering digunakan oleh masyarakat melayu. Bagaimanapun kaum Cina pula bertutur dalam bahasa mandarin dan India pula menggunakan tamil.

Baca Juga:

Bagi kaum melayu, tidak semua memahami Mandarin dan Tamil. Manakala bagi Cina dan India, mereka menguasai dua bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa Mandarin atau Tamil.

Dalam situasi tertentu, adalah baiknya untuk menguasai bahasa lain agar mudah untuk berkomunikasi. Dan dalam situasi yang lain pula, kita dapat memahami jika seseorang yang menggunakan bahasa asing tersebut sedang menyatakan sesuatu yang menghina kita.

Kes Tular

Kelebihan memahami banyak bahasa ini dapat dilihat apabila tular satu kes di mana seorang pengguna Twitter menceritakan situasi beliau diherdik oleh seseorang berbangsa cina di dalam bahasa Mandarin.

Dalam ciapan tanpa nama yang mencetuskan pelbagai pandangan daripada netizen, seorang rakyat Malaysia berkongsi kisah mereka bagaimana mereka menaiki lif bersama anak-anak dan kemudiannya diherdik oleh 2 orang di dalam bahasa Mandarin.

https://twitter.com/mandarinjer/status/1614073484719845376?s=46&t=lavD8Ar-o7WOsRp7pAvjNw

Orang itu telah membuat komen tentang saiz keluarga mereka dan menyamakan keluarga itu dengan anjing kerana bilangan anaknya. Nasib orang itu tidak baik apabila salah seorang anaknya memahami bahasa Mandarin dan mengherdik mereka kembali.

Menguasai bahasa lain di negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sepatutnya digunakan ke arah kebaikan, bukannya dengan mengherdik orang.

Lebih baik sebenarnya jika kelebihan itu digunakan untuk menunjukkan sikap yang baik dan bukannya bercakap buruk tentang orang lain.

Ciapan itu telah menjadi tular dan menyebabkan ramai netizen berkongsi pengalaman serupa mereka dihina dalam bahasa yang tidak difahami.