Sejak beberapa hari yang lalu, tular klip video podcast oleh Caprice yang menemu bual Mondy berkenaan pendakwah, Ebit Lew dan semalam, video episod pertama podcast berkenaan telah dimuat naik di YouTube secara rasmi.
Menerusi podcast tersebut, Mondy telah mendedahkan banyak benda yang pastinya mengejutkan ramai orang dan menurutnya, individu yang ‘menyelamatkannya’ itu beberapa kali cuba melakukan hal tidak baik sejak hari pertama dia berada di Malaysia.
Baca Juga:
- ‘Dia Usap Seperti Ini’ – Mondy Dedah Dirinya Diraba?
- ‘Kau Tidak Tahu Kotornya Dia’ – Mondy Dedah ‘Wajah Sebenar’ Ebit Lew
- Selepas 2 Bulan ‘Dibantu’ Ebit Lew, Mondy Pilih Kembali Ke Imej Asal Tidak Bertudung
https://youtu.be/Nm5gJZ5dcmw?si=4SuzozRGQyLKcbEL
Dia turut mendedahkan bahawa pendakwah itu cuba menyentuhnya sebanyak tiga kali dan cubaan pertama dilakukan sewaktu berada di dalam kereta selepas menjemputnya di lapangan terbang.
Bukan itu sahaja, individu itu telah mendatanginya secara berdua sahaja di dalam bilik sebelum cuba menciumnya namun hal tersebut tidak berjaya kerana kehadiran pemandu.
“Dia pakai jubah, lepastu dia tarik kain jubahnya, lepastu tutup langsir terus begitu, cuba untuk cium.” ujar Mondy.
Tambahnya, dia tidak sangka individu yang disangka baik merupakan seorang yang berbeza selepas dikenali. Difahamkan, Mondy telah pulang ke Indonesia sewaktu pendakwah berkenaan meninggalkannya di sebuah asrama sebelum hilang khabar dari individu terbabit.
Menurut Caprice, terdapat dua lagi episod berkaitan pendedahan Mondy terhadap individu terbabit yang akan dikongsikan tidak lama lagi. Dalam satu perkongsian di Instagram, Caprice mengatakan pihaknya sudah merangka strategi terlebih dahulu sebelum video podcast itu dikongsikan kepada umum.
https://www.instagram.com/p/CxN042iSgC5/
Laporan polis telah dibuat terlebih dahulu dan pelbagai langkah telah dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pihak serta bukti juga di ‘secure’ agar tidak dianggap mereka-reka cerita.
Sama-sama kita nantikan pendedahan dari podcast seterusnya dan berharap akan ada kenyataan daripada individu yang didakwa serta semoga kes ini dapat diselesaikan agar tahu kebenarannya.