Jepun mempunyai budaya dan adat yang tersendiri. Adakalanya ia sukar untuk difahami oleh bangsa lain. Lihat sahaja pada bagaimana kompleksnya struktur bahasa Jepun. Ia sedikit sebanyak menggambarkan cara pemikiran orang Jepun.
Begitu juga apabila menggunakan kereta api. Adanya set pemahaman budaya yang tidak diberitahu secara terus-terang. Ia sudah difahami sebagai perkara yang dapat menjaga keharmonian masyarakat itu sendiri.
Tahun-tahun sebelum ini ada satu survey yang disertai oleh ahli-ahli Japan Private Railway Association. Ia bagi melihat tingkah laku bagaimana yang dikira kurang sopan bagi tempoh 12 bulan. Ini hasil yang didapati pada tahun 2019:
1. Duduk dengan cara yang tidak betul
Anda haruslah duduk dengan etika yang tepat. Jangan duduk dengan melebarkan kaki (manspreading), atau duduk dengan cara bersilang kaki.
2. Tingkah laku yang kurang sopan ketika memasuki ataupun keluar dari gerabak
Sebagai contoh, menghalang laluan pintu masuk gerabak, tidak memenuhi ruang di belakang, dan tidak menunggu semua orang keluar dari gerabak sebelum memasukinya.
3. Memasukkan bagasi dengan cara yang tidak sedap hati memandang
Biasalah jika kita melancong mesti bawa bagasi yang banyak. Akan tetapi, rakyat Jepun ni tidak berapa suka melihat orang bawa bagasi yang terlalu banyak ataupun menghalang laluan orang lain dalam kereta api.
4. Menggunakan smartphone dengan cara yang kurang betul
Jika dalam kereta api, pasti anda pernah lihat orang melihat video tanpa menggunakan headphones tetapi di Jepun ia dianggap tidak sopan serta tidak tukar kepada mode senyap. Selain itu, sambil berjalan sambil tengok telefon bimbit juga boleh dikatakan bahaya.
5. Berbual menggunakan suara yang sangat kuat
Hati-hati apabila mood dalam keadaan gembira. Ia kadang-kadang boleh bercakap tanpa sedar suara sudah sangat kuat.
6. Batuk atau bersin tanpa memikirkan keadaan persekitaran
Bagi yang menaiki keretapi, adalah sangat penting untuk tutup mulut apabila batuk atau bersin walaupun ada penutup muka.
7. Apabila gunakan headphone, bunyi dapat didengari
Ini perlu hati-hati apabila menggunakan headphone kerana anda perlu mencuba sebelum naik kereta api.
8. Sampah yang ada tidak dibawa balik
Orang Jepun boleh katakan sensitif juga dengan bab kebersihan. Dan sehingga sekarang saya masih kagum dengan kebolehan mereka.
9. Naik kereta api ketika masih mabuk
Ok, orang Muslim mungkin tiada masalah dalam hal ini.
10. Make-up ketika di dalam kereta api
Ia akan menjadi kurang selesa apabila tersentuh orang lain apabila membuat make-up.
Bagi anda yang ingin ke Jepun untuk melancong, pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara ini agar tidak di’label’ kurang sopan.
Sementara itu, apa kata ikuti tip travel ke Jepun di Vocket dan juga klik pautan di bawah untuk artikel berkaitan Jepun.
Ini Tip Pilih Lokasi Penginapan Strategik Untuk Mudahkan Perjalanan Anda Di Jepun
5 Persediaan Penting Buat Anda Yang Ingin Melancong Ke Jepun
AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’