Sekarang kecoh dengan pemakaian old money tetapi realiti baki dalam bank akaun mungkin hanya ada ratusan ringgit sahaja.
Bagaimanapun, situasi berbeza buat seorang individu tempatan yang mana pelaburan dalam kriptowang berjaya memberi keuntungan yang lumayan pada hari ini.

Dengan gambar tangkap layar yang dikongsikan, terpampang sejumlah 2.105 BTC bersamaan RM922,188.70 pada kadar pertukaran semasa menerusi platform dompet kriptowang yang digunakan.
Dia sambil berseloroh mengatakan “Kalau gini boleh jadi Old Money Club tak?, soalnya dengan emoji lucu.

Difahamkan dia telah memiliki simpanan Bitcoin tersebut sejak 8 tahun lalu dengan melakukan mining dan juga pembelian secara berperingkat sewaktu masih murah pada tahun 2009 lagi.
Lebih mengejutkan, dia sebenarnya mempunyai sekitar 8BTC pada suatu ketika dahulu namun telah dijual dan hanya berjaya menyimpan baki selebihnya sehingga ke hari ini.
Perkongsian lelaki itu telah mencuri perhatian netizen dan rata-rara terkejut melihat angka yang cukup besar oleh lelaki tempatan kerana kita sedia maklum harta Bitcoin sekarang pada paras tertinggi.
Selain itu, ada juga meluahkan rasa kecewa kerana pernah memiliki simpanan Bitcoin tetapi sayang ada yang hilang atau pun tidak membuat pembelian meskipun sudah tahu kewujudannya sejak sekian lama.
Beberapa netizen lain pula membuat jenaka untuk meminta sebahagian kecil daripada angka Bitcoin yang mana sudah pasti mencecah puluhan ribu ringgit jika diikutkan nilai semasa.