Sejak beberapa hari lalu, isu vokalis band terkenal yang didakwa meludah di atas pentas ketika persembahan telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi laporan, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menegaskan bahawa penyanyi band rock Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersiakap baidab ketika melakukan persembahan.

Baca Juga:

“Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan. Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya.

“Kalau berkelakuan aneh itu siapa? Sebenarnya banyak beza antara bintang rock dengan ‘beruk’. Kalau ‘beruk’, begitulah agaknya. Rockers tak begitu.” ujar Awie.

Malah, Awie juga memberikan nasihat kepada penyanyi band rock di Malaysia supaya tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas dan sentiasa ingat akan ibu bapa sebelum melakukan sesuatu yang buruk.

Tambahnya, Awie menyatakan pesanan itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya sekadar peringatan kepada semua.

Sumber