Beberapa minggu yang lalu, anak muda berbakat Sofian (Sofyank96) telah terbang ke Australia untuk bertemu pelakon utama Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror).

Sebentar tadi, Sofian telah berkongsikan hasil kolaborasinya bersama Paul Ruud dan video berkenaan ternyata buat netizen di Malaysia bangga.

Artikel Berkaitan:

Video itu memaparkan Sofian telah berjaya mencipta satu device yang membolehkannya travel ke Australia dan bertemu Ant-Man. Dan disebabkan ‘kesilapan’ yang dibuat Paul Rudd, beliau pula secara tidak sengaja tiba di Malaysia.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan merasa kagum kerana video Sofian kali ini sangat berkualiti dan ibarat dihasilkan studio luar negara.

Rata-rata netizen turut memuji Paul Ruud yang dilihat bersungguh-sungguh ketika berlakon dengan Sofian. Sofian turut bergambar dengan Jonathan Majors dan Sofian tidak berkata apa-apa lagi sama ada beliau turut hasilkan video khas bersama Jonathan.

Apa-apa pun, penantian peminat untuk melihat hasil tangan terbaru daripada Sofian ini berbaloi. Tahniah Sofian!