Pada 7 April lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kepada Berita Harian bahawa Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 Jan dan 23 April ini kerana negara kita bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan ini sampai ke telinga rakyat Malaysia yang jelas tidak boleh menerima bahawa “Malaysia adalah negara yang tidak terdedah kepada perubahan iklim yang ketara”. Sebahagian pula mempersoal daripada mana data yang dikutip oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menyimpulkan kenyataan seperti itu.
Tidak cukup dengan itu, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut sampai ke pengetahuan Faisal Hadi, seorang sarjana muzik ekstrem dan penulis di Bolamadura, sebuah media dari Indonesia. Dia bertanya satu soalan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, apakah Malaysia ini tidak berada di planet Bumi? Kerana jika Malaysia di planet Bumi, maka perubahan iklim akan tetap mempengaruhi Malaysia.
Corak hujan di bahagian Semenanjung Malaysia menunjukkan musim kering yang lebih lama, mungkin akan memberi kesan kepada kemarau yang panjang. Ini akan membahayakan bekalan air kita, dan sistem hutan kita – kerana cuaca kering – akan meningkatkan risiko kebakaran.
Semenanjung Malaysia juga akan mengalami banjir yang lebih teruk dan berpanjangan. Mungkin juga kejadian angin yang lebih kencang. Terdapat kenaikan permukaan laut. Bagaimana dengan populasi dan pelabuhan pesisir dataran rendah kita? Kenaikan permukaan laut juga meningkatkan masalah tanah pesisir. “Hentikan cakap kosong tentang Malaysia yang tidak terkesan [dengan perubahan] iklim. Itu masa lalu, bukan masa depan,” katanya di Bolamadura.
Dan untuk pengetahuan Tuan Ibrahim Tuan Man, ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jailan Simon dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata bahawa akan lahir satu fenomena cuaca baharu termasuk cuaca esktrem di Malaysia jika kesan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar terus berlaku di negara ini.
Dia turut menambah bahawa perubahan iklim dalam 20 tahun yang lalu memberi gambaran yang berbeza kepada MET Malaysia dimana terdapat beberapa fenomena yang jarang berlaku. Puting beliung kecil, belalai air, ribut petir luar biasa kuat dan gelombang haba adalah keadaan baharu yang melanda disebabkan peningkatan suhu.
“Dulu kita pernah menafikan berlakunya puting beliung di Malaysia kerana Semenanjung Malaysia adalah kecil dan kemungkinan pertemuan antara udara panas dan sejuk bagi menghasilkan puting beliung adalah tipis. Sekarang ini kita terima banyak aduan serta gambar dan video berlakunya puting beliung seperti kejadian di Yan, Kedah beberapa waktu dulu. Saya turun melihat keadaan itu dan kesannya memang teruk menyebabkan kemusnahan kepada rumah dan membahayakan nyawa,” katanya kepada Harian Metro.
Bukti Malaysia dilanda perubahan iklim
Semalam adalah hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut bulan ramadhan. Acara yang datang setiap tahun ini akan disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran kerana dianggap sebagai bulan yang penuh rahmat. Namun lain pula bagi rakyat Malaysia apabila ribut dan hujan lebat telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kejadian banjir di beberapa tempat.
Lebih parah lagi, melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang netizen di Twitter menunjukkan kejadian yang hampir meragut nyawa apabila angin kencang dan hujan lebat telah merosakkan sebahagian kecil bangunan Etica yang terletak di Masjid Jamek. Kejadian yang tidak dijangka ini bagaimanapun tidak sampai memakan nyawa orang yang berlindung di sana.
Bangunan etiqa masjid jamek pic.twitter.com/d92Mu5w67S
— ♬ ┐Jayyidkhairir┌ ♬ツ (@jayyidkhairir) April 13, 2021
Melalui ciapan MeMeow pula, dia memuat naik sebuah video kejadian hujan lebat dan angin kencang. Bangunan yang dipercayai sebagai bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terletak di Jalan Tun Razak itu teruk dilanda dengan cuaca ekstrem. Kelihatan beberapa individu lain yang turut berteduh di sana dan mujur tiada apa-apa yang berlaku.
“Kajian terhadap 520 bandar di dunia menamakan metropolis tropika seperti Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura sebagai bandar yang akan melihat keadaan perubahan iklim yang tidak dijangka menjelang tahun 2050. Kajian oleh para saintis di ETH Zurich, Switzerland, diterbitkan bulan lalu,” kata MeMeow merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh The Star bertajuk Cities Near Equator Can Expect Extreme Weather Patterns.
A study of 520 cities in the world named tropical metropolis such as Kuala Lumpur, Jakarta and Singapore as those that would see unprecedented climate conditions by 2050. The study by scientists in ETH Zurich, Switzerland, was published last month. pic.twitter.com/9tmjuj7g9k
— CatsForPalestine (@KlutzyKucing) April 13, 2021
“Namun kita tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan apa yang akan menjadi masalah. Kita dalam penafian kerana pihak yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar tidak menyedari masalah yang sebenarnya,” katanya lagi.
Manakala Bernama dalam perkongsiannya di laman Twitter turut memuat naik kesan kejadian hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu sehingga mengakibatkan beberapa gerai yang mahu mencari rezeki pada hari pertama puasa mengalami rosak teruk di Wangsa Maju, petang semalam.
Ujian di bulan Ramadan…
Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan beberapa gerai mengalami kerosakan di Wangsa Maju, petang ini.
Video: Orang awam pic.twitter.com/4npr5DtQ7d
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 13, 2021
Akibat daripada kesan hujan dan angin kencang semalam, hampir separuh daripada penduduk Lembah Klang tidak dapat bergerak kerana jalan di sekitar Lembah Klang ada yang tidak dapat dilalui disebabkan dinaiki air, ditambah pula dengan hujan lebat dan ribut kencang. Kejadian ini juga memaksa sebahagian daripada mereka berbuka puasa di atas jalan kerana jalan pulang ke rumah masih dinaiki air.
Ini adalah sebahagian daripada bukti-bukti kecil tentang apa yang terjadi di Malaysia semalam, bukannya 20 tahun yang lepas. Kalau yang semalam masih belum boleh membuka mata orang yang bertanggungjawab dalam isu ini, tidak pasti dimanakah Malaysia akan berada dalam melawan isu perubahan iklim di masa hadapan.
Dakwa Malaysia tidak terkesan impak perubahan iklim, kenyataan menteri ini undang kritikan netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Dakwa Malaysia Tidak Terkesan Impak Perubahan Iklim, Kenyataan Menteri Ini Undang Kritikan Netizen
Bill Gates Ramal Akan Berlaku 2 Bencana Besar Di Masa Hadapan, Bakal Bunuh Lebih Ramai Orang