Setiap kali kita melancong, pasti kita akan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Anda pasti pernah berasa bimbang jika melancong secara solo dan tiada siapa yang boleh ambilkan gambar dengan baik.
Jangan risau, ini kerana saudara Ashraff telah berkongsi tip bagaimana ingin mengambil gambar cantik tanpa bantuan orang lain di Twitter miliknya. Baca perkongsian beliau di bawah:

Nak travel solo tapi risau takde jurugambar? risau kawan-kawan kata sia-sia travel tapi gambar tak lawa? Nak suruh tourist lain ambilkan tapi risau buruk? Jangan risau sebab aku akan ajar korang cara ambil gambar yang lawa walaupun kau taktau apa-apa pasal fotografi. Thread. pic.twitter.com/Qd1GQQy9FP
— 🇲🇾ashraff先生🇯🇵 (@AshraffJunior) September 14, 2019
1. Gunakan tripod
Carilah tripod yang tinggi dan ringan sebab anda boleh adjust angle dan kedudukan kamera mengikut kemahuan. Sekiranya anda ada tripod, anda boleh mengambil gambar dengan mudah sama ada landscape ataupun potrait.
2. Cari angle yang unik
Ambil gambar daripada angle yang anda tidak biasa lihat. Kalau anda guna eye view, orang sudah biasa tengok and tidak kagum sangat. Cuba gunakan low angle ke atau paras pinggang atau mungkin high angle jika tempat tiu sesuai untuk letak tripod.
3. Letak kamera disebalik objek
Dalam terma fotografi, orang sebut ini sebagai framing. Seperti anda ingin letak frame pada gambar anda. Sebagai contoh, kalau anda mahu ambil gambar kuil, anda boleh jadikan bunga-bunga sebagai frame.
4. Gunakan grid
4.Guna grid
Grid tu garisan melintang kat apps kamera korang. Kalaulah tak on, korang boleh hidupkan kat setting ni haa. Alang2 tu hidupkan la auto HDR so kalau tempat gelap sangat, phone korang boleh bagi gambar korang lebih jelas. Letak subjek kat pangkah tu. pic.twitter.com/tqe9rTywTC— 🇲🇾ashraff先生🇯🇵 (@AshraffJunior) September 14, 2019
Grid itu garisan melintang pada aplikasi kamera anda. Kalaulah tidak dibuka, anda boleh hidupkan pada setting. Kemudian, hidupkan juga auto HDR jadi kalau tempat gelap sangat, telefon anda boleh bagi gambar anda lebih jelas. Letak subjek pada pangkah.
5. Aplikasi lightroom atau snapseed
Saya suka sangat aplikasi lightroom ini disebabkan interface simple dan semua yang saya nak sudah ada di sini.
6. Penggunaan warna tidak keterlaluan
Cara anda pilih warna gambar ibarat anda makeup muka anda. Tidak terlalu kontra dan tidak terlalu pekat warnanya. Anda adjust sikit sahaja warna dan kalau nak letak filter, pastikan tidak melampau kesan dia pada gambar.
7.Jaga exposure dan lighting
Masa nak ambil gambar tu tekan kat skrin biar betul-betul focus kat subjek. Lighting pun biar based on subjek. Baru tak gelap sangat or over cerah sangat. pic.twitter.com/1nfmD1YS4k— 🇲🇾ashraff先生🇯🇵 (@AshraffJunior) September 14, 2019
7. Jaga exposure dan lighting
Masa nak ambil gambar, tekan pada skrin biar betul-betul fokus pada subjek. Lighting pun biar based on subjek. Baru tidak gelap sangat atau terlebih cerah.
Adakah perkongsian ini berguna buat anda? Anda tidak perlu lagi bimbang jika anda melancong secara solo dan risau gambar tidak cantik apabila ditangkap oleh orang lain.
Bakal melancong tidak lama lagi? Baca tip dan trik untuk dapatkan harga hotel dengan harga yang murah.
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu
7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia
Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan