Canva sememangnya lengkap dengan pelbagai tools menarik untuk kegunaan seharian. Pasti ramai tidak ketahui kewujudan tools yang boleh menjadikan gambar kasual anda kepada profesional untuk disertakan di dalam resume atau pun Linkedin.
Semua ini boleh dibuat dengan tools yang dinamakan Magic Edit yang tersedia pada platform tersebut. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Baca Juga:
- Cara Cipta Kad Raya Digital Yang Mudah Dan Pantas Menerusi Canva
- Tidak Lagi Terhad Setakat Tahun 2021, Ketahui Cara ‘Bypass’ ChatGPT Untuk Dapatkan Maklumat Terkini
Cara menjadikan gambar kasual kepada profesional
1. Kunjungi laman Canva menerusi pautan di sini.
2. Muat naik gambar kasual yang anda mahu jadikan sebagai profesional pada butang Upload.
3. Kemudian, klik pada gambar tersebut dan teruskan dengan tekan Edit Photo untuk membuat suntingan.
4. Selepas itu, klik Magic Edit. Dengan ini, ia bakal menggunakan kecerdasan buatan untuk mengubah gambar anda menjadi profesional.
5. Gunakan berus lalu highlight kawasan pakaian di gambar tersebut. Selepas selesai menanda pada semua kawasan, boleh klik Continue.
6. Masukkan sedikit penerangan di dalam bahasa inggeris bagaimana anda ingin jadikan gambar seperti memakai blazer dan seumpamanya. Sebagai contoh, kami masukkan penerangan seperti ini wearing men blazer jacket pada ruangan tersebut.
7. Akhir sekali, tekan Generate untuk mendapatkan hasil gambar seperti yang diarahkan. Lebih terperinci penerangan, lebih baik hasil gambarnya.
Buat masa ini, anda boleh mengakses tools serba canggih ini secara percuma sahaja memandangkan masih dalam tempoh percubaan. Magic Edit ini sememangnya mudah dan pantas untuk digunakan oleh semua orang.
Sudah ramai mengetahui trik ini dan mula memanfaatkannya untuk mengemas kini resume atau profil Linkedin. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang mengetahui tentang perkara ini.