Tidak lama lagi, musim cuti sekolah akan tiba. Maknanya anda akan menerima beberapa kad undangan majlis-majlis perkahwinan dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai.
Akan tetapi, memberikan hadiah kepada pengantin bukanlah sesuatu yang mudah. Bosan dengan hadiah tipikal seperti periuk nasi, pinggan mangkuk, jam dinding dan bingkai gambar?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter Iffat Salleh telah berkongsi tip ringkas memilih hadiah perkahwinan untuk diberikan kepada pengantin. Menurutnya, anda harus ketahui fungsi hadiah barulah mudah untuk anda pilih hadiah yang tepat.
[TIPS] Nak Pergi Kenduri Kahwin Kawan, Tapi Tak Tahu Nak Bagi Hadiah Apa?
Korang kena tahu dulu apa fungsi hadiah tu, baru senang nak pilih.
Ni tips ringkas berkenaan hadiah perkahwinan.
— Iffat Salleh (@iffatsalleh) August 27, 2019
Untuk pengetahuan anda, hadiah untuk pengantin adalah untuk mereka gunakan selepas majlis perkahwinan mereka. Lebih bagus jika hadiah yang anda beri boleh digunakan bertahun-tahun.
Justeru itu, kelengkapan rumah amnya sangat sesuai dihadiahkan kepada pengantin, terutama pengantin yang akan memulakan hidup berumahtangga di kediaman mereka yang baru. Disebabkan itu, orang-orang dulu sering beri set cawan dan pinggan kepada pengantin.
Berikut adalah senarai idea hadiah yang anda boleh berikan kepada pengantin:
1. Hiasan rumah
2. Pokok artificial
3. Pembakar roti
4. Oven atau microwave
5. Vakum
6. Drill
7. Set baju couple
8. Set baju tidur

9. Set tuala mandi
10. Sarung tilam
11. Set pisau
12. Water heater
13. Water filter

14. Karpet
15. Mini sound system
16. Kasut sukan
17. Set stokin
18. Rak pinggan
19. Kuali atau periuk
20. Set sudip
21. Lesung batu
Walaupun hadiah yang disenaraikan nampak pelik, tetapi ia amat berguna untuk pasangan pengantin kelak. Jadi, anda tidak perlu runsing lagi untuk membeli hadiah perkahwinan.
Bagi pasangan pengantin yang bakal berkahwin, pasti anda pening mencari jurugambar untuk hari bahagia anda. Baca artikel di bawah tip terbaik untuk memilih jurugambar anda.
4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda
Pasangan Pengantin Hasilkan ‘Photoshoot’ Kreatif Ini Selepas Kereta Rosak Di Tepi Jalan
Potrait Perkahwinan Konsep Jalanan Chot Touch Cipta Kelainan Buat Pasangan Pengantin Ini