Sejak pengumuman penutupan kedai Rotiboy di KLCC, ramai meluahkan rasa sedih kerana sudah tidak dapat menghidu bau pastri yang cukup sedap selepas ini.
Rotiboy berjaya menjadi fenomena di seluruh Malaysia kerana penawaran pastrinya yang sedap pada harga mampu milik. Bahkan, jenama pastri tempatan ini turut diminati oleh pelancong yang datang ke sini.
Menerusi video yang dikongsikan akaun @bfmradio, mereka telah menemu ramah dengan pengasas Rotiboy sendiri iaitu Encik Hiro Tan.
Apabila dilontarkan soalan mengapa jenamanya menjadi popular di Malaysia, beliau berpendapat rotinya sendiri memberikan satu pengalaman yang tiada tandingan.
“Rasa seperti syurga….macam ciuman pertama,” seloroh beliau tentang respons yang diterima oleh pelanggan selepas mencuba Rotiboy.
Beliau menambah lagi roti yang dijual mestilah dalam keadaan ‘fresh’ sebab pengalaman akan berubah selepas beberapa minit kemudian.
Jadi, sebab itulah beliau menyatakan ketiadaan fasiliti penghantaran kepada pelanggan kerana mengambil kira jarak lokasi dan cara pengendalian roti yang dihantar dalam memastikan pengalaman memakan rotinya sentiasa pada tahap optimum.
“Sebab ada ramai orang berbeza yang akan hantar produk kami dalam masa yang berbeza kepada pelanggan yang berbeza. Produk kami mungkin tidak akan dikendali dengan baik,” ujar Encik Hiro Tan.
Selain itu, beliau turut mendedahkan aspek kewangian yang dihasilkan oleh pastrinya juga memainkan peranan penting dalam memberi pengalaman yang unik kepada pelanggan.
Mana taknya, setiap cawangan Rotiboy berjaya menarik minat pengunjung yang lalu lalang di sekitarnya dek kerana bau wangi yang semerbak.
Difahamkan juga resipinya terhasil dengan bantuan kakaknya yang telah diubahsuai dari resepi roti Mexico sekaligus menjadikan ia satu produk asli buatan Malaysia.
Modal permulaan membuka bisnes pula berjumlah sekitar RM150,000 dan membolehkan beliau membuka cawangan pertama di Bukit Mertajam.
Bercakap mengenai jualan pula, Encik Hiro Tan juga sedia mendedahkan cawangan KLCC secara khususnya mampu menjana jualan setinggi RM300,000 pada setiap bulan.
Sementara jumlah paling minimum jualan yang boleh dicapai adalah sekitar RM35,000 sehingga RM40,000 yang kebiasaannya berlaku pada outlet di stesen minyak. Tambahnya lagi, mereka perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 – 2,000 bun sehari dalam memenuhi permintaan peminatnya.
Apabila disoal mengenai mengapa terjadinya penutupan cawangan KLCC yang sudah beroperasi lebih dua dekad, Encik Hirot Tan lalu mendedahkan bahawa mereka mengalami mengalami masalah kewangan sejak beberapa tahun lalu.
@bfmradio Berapa kos nak buka satu kedai Rotiboy? Kenapa cawangan Rotiboy di KLCC ditutup selepas 21 tahun? 🏃🏽💰 Bu$y Finding Modal – Episode 15 Busy Finding Modal is powered by U Business. Malaysia’s No.1 5G Network. 5G makes business sense. #rotiboy #businesstok #foodiemy
♬ original sound – BFM89.9 – Bold Frank Media – BFM89.9 – Bold Frank Media
Walaupun cuba bertahan, lama-kelamaan sampai satu tahap beliau terpaksa melepaskan cawangan tersebut meskipun perasaan pilu dan kecewa dalam membuat keputusan berat tersebut.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh tonton video penuh di atas yang kami selitkan sekali.