Siapa sahaja tidak mengenali figura bernama Ryan Bakery? Dia telah memghidangkan sejumlah video lucu yang membuatkan para peminat tidak kering gusi apabila melihatnya.

Ekoran popularitinya yang kian melonjak, sudah pasti ramai syarikat atau jenama terkemuka sedia membelanjakan jumlah wang yang besar dalam mendapatkan perkhidmatan pempengaruh terkenal itu.

@petronas_sg_besar

Nak rebut peluang menang duit raya RM20,000?? Jom ikut kata @ryanfahmibakery, #SinggahDulu PETRONAS dan hanya belanja: RM40 untuk isian minyak, ATAU RM10 untuk perbelanjaan di Kedai Mesra ATAU RM10 untuk perbelanjaan lain di aplikasi Setel #petronassgbesar #rancakkanraya

♬ Rancak Raya – Chorus – Fatia & Izzue Islam & Khai Bahar & Razmansyah

Paling mengejutkan, apabila dia telah membintangi iklan syarikat Petronas bersempena sambutan Hari Raya pada tahun lalu. Dari situ, mulalah timbul persoalan berapakah jumlah bayaran yang diberikan kepada Tiktoker terkenal tersebut memandangkan syarikat galian minyak ini mempunyai wang yang banyak untuk ‘dibakar’.

Baru-baru ini, seorang pengguna di X berkongsi tangkap layar komentar yang mendedahkan info dalaman berkaitan pembayaran kepada Ryan Bakery untuk kempen raya Petronas.

Di dalam tangkap layar itu, seorang individu mendedahkan telah menerima sumber info dalaman dari pekerja syarikat itu sendiri yang Ryan Bakery menerima sejumlah RM500,000 untuk iklan raya yang cukup trendy itu.

Bagaimanapun, seorang lagi individu lain yang mendakwa dirinya sebagai pekerja di syarikat gergasi itu mengiyakannya tetapi membetulkan kenyataan tersebut dengan berkata angkanya sedikit rendah yang dari yang asal.

Sumber Gambar: X

Perkongsian tangkap layar itu langsung menjadi bualan netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan angka yang diterima oleh pempengaruh TikTok yang berasal dari Perak ini.

Sementara sebahagian lain pula merasakan angka bayaran yang dinyatakan sememangnya logik kerana pengaruh dan populariti Ryan Bakery yang cukup besar di dalam masyarakat. Ramai turut tumpang gembira mendengar berita tersebut kerana tahu jerih perih perjalanan Ryan Bakery sebelum sampai ke tahap ini.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Ada netizen yang turut berkata angka itu masih belum boleh dikira jumlah bayaran sebenar kerana perlu ambil kira kos lain dan pihak yang terlibat dalam projek kempen raya itu.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dan ini boleh dianggap sebagai khabar angin sahaja di kalangan pengguna internet.