Ekonomi yang makin mencabar nyata memberi kesan terhadap semua lapisan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat yang tinggal di ibu kota atau sekitar Lembah Klang.
Harga barangan dan makanan yang meningkat saban hari nyata menjadi cabaran yang tersendiri untuk masyarakat meneruskan kehidupan seharian.

Baca Juga:
- Ini Jumlah Simpanan KWSP Yang Perlu Ada Apabila Cecah Usia 35 Tahun
- Wanita 35 Tahun Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta
- ‘Pemain Industri Bakal Terkesan, Harga Barang Dijangka Naik Tahun Hadapan’ – Pakar Ekonomi
Baru-baru ini, salah satu kajian yang dijalankan oleh Belanjawanku mengeluarkan jumlah harian yang menurut mereka ideal untuk masyarakat yang tinggal di Lembah Klang.
Menurut mereka, dalam sehari seorang individu yang tinggal di Lembah Klang hanya perlu berbelanja sebanyak RM22 sehari untuk makanan yang mana RM4.90 untuk sarapan pagi, RM9 untuk makan tengah hari, RM1.90 untuk minum petang dan RM6.50 untuk makan malam.
If you’re living in the Klang Valley, the Belanjawanku Study expects you to only spend RM22/day on food.
• Breakfast: RM4.90
• Lunch: RM9.00
• Dinner: RM6.50
• Afternoon tea: RM1.90TOTAL: RM22/day
MONTHLY COST: RM660 https://t.co/ZrBE7m3lG3 pic.twitter.com/XdCBEPdo5O
— The Futurizts (@TheFuturizts) December 16, 2024
Akan tetapi, hasil kajian ini mendapat kecaman dari ramai pihak khususnya netizen yang mana mereka menganggap sukar untuk mendapatkan harga seperti yang mereka cadangkan dalam kajian tersebut dengan keadaan ekonomi ketika ini.
“Dinner apa yang boleh dapat RM6.50? Saya makan nasi goreng kampung, telur dadar dan teh o panas saya kena bayar dalam RM12,” tulis seorang netizen.
“Minum petang RM1.90? Goreng pisang zaman sekarang ada yang jual RM3 untuk tiga ketul. Kajian apa yang mereka buat? Sangat tak masuk akal,” tulis seorang lagi netizen di laman X.
Selain belanja harian untuk makanan, Belanjawanku turut menyatakan bahawa seseorang individu boleh menyewa bilik yang lengkap dengan semua kemudahan dengan harga RM400 di Lembah Klang.
Hakikatnya, kebanyakan bilik yang lengkap dengan kemudahan di sekitar ibu kota atau kawasan berdekatan mengenakan kadar sewa yang jauh lebih tinggi berbanding RM400.
Apa yang pasti, kos sara hidup yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini jauh lebih tinggi berbanding kajian yang dihasilkan oleh Belanjawanku.