Badan bola sepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan senarai kelab yang bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite bagi musim 2024/25.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan tersebut, sebanyak 12 pasukan dari zon Barat dan Timur akan mengambil bahagian dimana ada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari 12 kelab.
Baca Juga:
- Selangor Kekal Beraksi Di AFC Champions League 2 Musim Ini
- AFC Sokong Palestine, Mahu FIFA Gantung Israel
- Kedah Dan Sri Pahang Tak Lulus Pelesenan AFC
Semua kelab yang mengambil bahagian dalam saingan musim ini bakal menerima sokongan dana dimana pasukan yang memasuki peringkat kumpulan dijamin mendapat sekurang-kurangnya USD800 Ribu.
#ACLElite prize money is announced
Total prize for champions : 12 million USD
Total prize for runner-up : 6 million USDLeague stage participation : 800K USD
Round of 16 : + 200K USD
Quarter-finals : + 400K USD
Semi-finals : + 600K USD
Runner-up : + 4M USD
Champions : +10M USD— Footy Rankings (@FootyRankings) June 19, 2024
Pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD200 Ribu. Sekiranya mara ke peringkat suku akhir, kelab bakal mendapat tambahan hadiah sebanyak USD400 Ribu.
Kelab yang mara ke peringkat separuh akhir bakal mendapat tambahan hadiah sebanyak USD600 Ribu dan pasukan juara AFC Champions League Elite secara keseluruhan bakal mendapat hadiah sebanyak USD12 Juta. Pasukan naib juara pula bakal membawa pulang USD6 Juta.
Majlis undian rasmi untuk saingan peringkat kumpulan akan dijalankan pada 16 Ogos 2024, dengan butiran lanjut mengenai jenis undian akan diumumkan dalam masa terdekat.
Lapan pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat 16 pasukan terakhir yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 12 Mac 2025. Dua perlawanan bakal diadakan untuk mencari pasukan ke peringkat suku akhir.
Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final bakal diadakan di satu venue berpusat dengan Arab Saudi telah disahkan untuk menjadi tuan rumah bagi saingan musim 2024/25 dan 2025/26.