Badan induk bola sepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan senarai pasukan yang bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League 2 bagi musim 2024/25 dan jumlah hadiah wang tunai yang bakal diperoleh kelab bertanding.
12 kelab dari zon Barat dan 15 dari Timur terus layak ke peringkat kumpulan, bersama dengan tiga pasukan (dua Barat, satu Timur) yang akan tersingkir daripada aksi play-off kelayakan ke peringkat kumpulan saingan AFC Champions League Elite.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Hadiah Wang Tunai Bagi Saingan AFC Champions League Elite
- Ini Jumlah Diterima Cristiano Ronaldo Bagi Setiap ‘Sponsored Post’ Di Instagram Peribadinya
- Ini Sasaran Jumlah Gol Luqman Hakim Bersama Yokohama SCC
Empat pasukan akan menjalani aksi play-off kelayakan antara 31 Julai dan 14 Ogos untuk mengisi baki dua tempat peringkat kumpulan.
Bagi zon Barat, East Bengal FC dari India akan menentang Altyn Asyr FC dari Turkmenistan, manakala Al Ahli dari Bahrain menentang Kuwait SC.
Kedua-dua pemenang akan melengkapkan barisan 32 pasukan untuk kempen 2024/25, di mana mereka dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk bertanding dalam format round-robin, di tempat sendiri dan tempat lawan dari 17 September hingga 5 Disember.
Dari segi hadiah wang tunai, pasukan yang layak ke peringkat kumpulan bakal menerima wang tunai sebanyak USD300 Ribu. Kelab bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD80 Ribu sekiranya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.
Kelab bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD160 Ribu sekiranya mara ke peringkat suku akhir dan mendapat tambahan hadiah wang tunai sebanyak USD240 Ribu sekiranya mara ke peringkat separuh akhir.
Pasukan juara AFC Champions League 2 akan membawa pulang wang tunai sebanyak USD3.28 Juta manakala naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak USD1.78 Juta.