Manchester City pada era ‘pemerintahan’ Pep Guardiola dikenang sebagai pasukan mantap dengan deretan kejayaan telah dimenangi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mana tidaknya Pep Guardiola sendiri telah memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tujuh musim terakhir ini.

Baca Juga:

Reputasi hebat itu bagaimanapun tercalar sejak 2 November lalu dimana kekalahan pertama dialami dalam saingan EPL 2024/25 selepas tunduk kepada 1-2 Bournemouth.

Selepas itu tiga kekalahan berturut-turut dihadapi ketika berhadapan dengan Brighton, Tottenham Hotspur dan Liverpool.

Sejak daripada itu, Manchester City mencatatkan enam kekalahan daripada sembilan perlawanan terakhir dalam aksi EPL.

Satu keadaan yang boleh dianggap paling teruk sejak Pep Guardiola membimbing pasukan pada 1 Julai 2016.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, Cristiano Ronaldo yang hampir menyertai The Citizens pada musim 2021/22 sebelum memilih untuk kembali ke Manchester United terpanggil bagi memberikan nasihat kepada kem City.

“Pasukan sentiasa melalui masa yang baik dan buruk. Sekarang Manchester City telah melalui masa yang buruk tetapi mereka akan kembali.”

“Saya akan memberitahu pemain City bahawa mereka perlu menunjukkan usaha yang lebih banyak dan tidak bercakap sekarang.”

“Pemain hebat akan tahu di mana masalahnya,” ujar Ronaldo menurut sumber laporan Goal.

Selepas mengharungi 18 perlawanan liga, Manchester City berada di tangga ketujuh dengan 28 mata yang jelas semakin menyukarkan mereka untuk merangkul kejuaraan buat kali kelima berturut-turut.

Kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) juga menyaksikan City kini terperosok di kedudukan ke-22 dengan lapan mata hasil dua kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan setakat ini.

 

Sumber