Ejen kepada Lamine Yamal iaitu Jorge Mendes menasihati pemain muda tersebut untuk menjadi pemain bola hebat pada masa akan datang seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kedua-dua legenda hidup yang masih aktif beraksi itu membuktikan kemampuan hebat dimiliki mereka untuk ‘menakluk’ bola sepak dunia pada era moden ini.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Mendes, Ronaldo dan Messi merupakan teladan yang cukup baik buat pemain muda untuk dijadikan sumber aspirasi buat mereka.

Terlalu banyak kejayaan diraih mereka bersandarkan kepada disiplin dan sifat profesional tinggi kedua-dua pemenang Ballon d’Or tersebut.

“Saya rasa Cristiano adalah contoh yang baik untuk Lamine dan semua pemain muda atas segala yang telah dicapainya, tahap yang hampir tidak dicapai oleh sesiapa pun,” ujar Mendes menurut sumber laporan Goal.

“Hari ini dia mempunyai hampir 1,100 gol, dia telah mencapai sesuatu yang tiada siapa capai, gol adalah objektif utama bagi setiap pasukan.”

“Lamine Yamal mempunyai contoh yang baik, bukan sahaja di padang, tetapi juga di luar padang, bagaimana Cristiano menguruskan kerjayanya pada usia hampir 40 tahun dan masih lagi bersaing. Dia adalah contoh yang sangat baik.”

“Lamine dengan kualiti yang dimilikinya, jika dia tidak melakukan kesilapan dan tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan, dan saya rasa dia sedar akan segala tanggungjawabnya.”

“Dia mempunyai semua syarat untuk berjaya di peringkat tertinggi bola sepak dunia. Saya tidak nampak sesiapa seperti dia dari segi bakat. Dia nombor satu.”

“Messi sentiasa menunjukkan dirinya sebagai seorang profesional yang hebat dan pemain yang luar biasa. Dia adalah contoh yang baik, sudah tentu.”

“Hari ini dalam dunia bola sepak, ramai orang yang cuba mendekati pemain dan jadi apa yang Lamine perlu lakukan adalah memberi tumpuan kepada kerjanya dan kepada Barca.”

“Tiada perkara lain dan terus bersama rakan-rakannya dari masa lalu serta berhati-hati dengan orang yang mendekati pemain.”

“[Pemain] tidak perlu memikirkan perniagaan, mereka perlu memberi tumpuan kepada kerja mereka, jika tidak dalam setahun atau dua, mereka akan risau tentang wang yang hilang di tempat lain.”

“Dia mempunyai segala-galanya untuk menjadi yang nombor satu di dunia, mengelakkan perkara-perkara tertentu, fokus dan mengikuti contoh terbaik, dia akan memenangi semua trofi kolektif dan banyak trofi individu,” tambah Mendes lagi.

 

Sumber