Manchester United baharu sahaja membuat pengumuman rasmi berhubung kontrak pengurus pasukan, Erik ten Hag yang telah dilanjutkan hingga Jun 2026.

Kejuaraan Piala FA 2023/24 dan Piala Liga 2022/23 yang dimenangi jelas amat membantu ten Hag mengekalkan kedudukannya bersama kelab tersebut.

Baca Juga:

Hal ini kerana United hanya mampu menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 di kedudukan kelapan dengan hanya 60 mata diraih hasil 18 kemenangan, enam kekalahan dan 14 keputusan seri.

Dengan kepercayaan yang masih diberikan pengurusan tertinggi kelab, terdapat beberapa isu perlu diselesaikan dengan pantas oleh ten Hag bagi menghadapi musim baharu.

1) Tentukan gaya pasukan

Sepanjang musim lalu, ramai peminat tertanya-tanya apakah sebenarnya rancangan ten Hag. Pengurus ini dikenali kerana penguasaan permainan yang menarik ditampilkan oleh Ajax.

Tetapi, dalam musim keduanya di Manchester United, pasukan ini menjadi pasukan yang berpandukan kepada serangan balas pantas yang tidak terlalu berbeza daripada skuad ketika dibimbing Ole Gunnar Solskjaer, tetapi tanpa pemain pertahanan yang kukuh.

Kelenturan taktikal Ten Hag membolehkan United menang Piala FA dan mengejutkan City, tetapi keadaan ini tidak boleh berterusan sepanjang musim.

Jadi, Ten Hag dan pengarah teknikal baharu, Jason Wilcox, perlu menentukan semula bagaimana pasukan patut bermain dan merangka skuad yang sesuai dengan gaya tertentu tersebut.

2) Fokus kepada disiplin pemain

Ten Hag dipandang tinggi sebagai seorang yang tegas selepas a[a dilakukannya terhadap Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho, tetapi kemudiannya  kuasa beliau diuji apabila Marcus Rashford tidak hadir latihan selepas pesta liar di Belfast.

Malah, dalam skala yang lebih kecil, Alejandro Garnacho pula menekan butang ‘suka’ kepada hantaran yang mengkritik pengendali kelahiran Belanda itu.

Kini ten Hag perlu memberikan tumpuan khusus kepada sikap pemain supaya tidak meneruskan budaya tidak baik tersebut.

3) Rombakan barisan kejurulatihan

Beliau perlu menyiapkan staf kejurulatihan untuk musim baru selepas jurulatih penyerang Benni McCarthy telah meninggalkan kelab.

Difahamkan ten Hag semakin hampir untuk mengisi kekosongan tersebut dengan membawa masuk legenda pasukan, Ruud van Nistelrooy bersama seorang lagi figura kelahiran Belanda, Rene Hake yang sudah bersama beliau 19 tahun lalu ketika di FC Twente.

4) Meningkatkan komunikasi

Keadaan itu pastinya berkait rapat dengan tindakan ten Hag yang mendedahkan bahawa beliau akan terus bersama pasukan sebaik sahaja perbincangan diadakan di Ibiza.

Tindakan itu nyata membuahkan Sir Jim Ratcliffe berang kerana ten Hag membocorkan rahsia tersebut kepada wartawan.

5) Mendapatkan pemain pertahanan dan penyerang baharu

Seperti yang dapat disaksikan pada musim lalu, Manchester United ketandusan pemain berkualiti bagi kedua-dua posisi tersebut sekiranya pemain seperti Rasmus Hojlund, Lisandro Martinez, Luke Shaw dan Raphael Varane mengalami kecederaan.

Kini, dengan Varane dan Anthony Martial yang akan meninggalkan pasukan, ten Hag jelas memerlukan pengganti terbaik untuk menguatkan jentera pertahanan dan serangan.

Ketika ini Matthijs de Ligt dikatakan semakin hampir untuk ke Old Trafford manakala nama seperti Jarrad Brathwaite dan Milos Kerkez turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Keadaan di jentera serangan juga turut bermasalah kerana Hojlund tidak ‘sandaran’ lain hingga memaksa Bruno Fernandes beraksi selaku ‘False 9’ sekiranya pemain Denmark itu tidak beraksi.

6) Simpan atau lepaskan Marcus Rashford

Erik ten Hag sebelum ini secara terang-terangan mengakui bahawa Rashford memang tidak layak untuk menyarung jersi England bagi menghadapi Euro 2024.

Ia memberikan gambaran pemain tersebut mungkin tidak memuaskan hatinya dengan musim 2023/24 yang kurang baik.

Keputusan pantas perlu dibuat oleh ten Hag sama ada masih mahu menyimpan beliau dalam pasukan atau melepaskannya.

7) Segera jual Mason Greenwood dan Jadon Sancho

INEOS telah menyerahkan kepada Erik ten Hag untuk mencari penyelesaian segera kepada perpindahan Sancho, dan menjualnya dengan bayaran sekitar £25 juta yang sepatutnya boleh dicapai selepas prestasi hebatnya dalam perjalanan Borussia Dortmund ke Liga Juara-Juara.

Beliau itu juga perlu menjual Mason Greenwood yang telah menghidupkan semula kariernya secara pinjaman di Getafe.