Selepas pelancaran siri iPhone baharu, sebahagian pengguna lebih selesa membeli iPhone terpakai kerana lebih murah untuk didapatkan. Namun begitu, tidak semua iPhone terpakai berbaloi untuk dibeli lebih-lebih lagi apabila kita tidak mengetahui asal usulnya.

Hal ini kerana sebahagian penjual ada yang cuba menjual set telco atau pun dicuri tanpa memaklumkan pada anda. Perkara yang perlu dilakukan adalah menyemak IMEI iPhone yang mahu dibeli terlebih dahulu. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui langkah terperinci.

Baca Juga:

Cara menyemak IMEI iPhone terpakai

1. Pergi pada Settings di iPhone yang ingin dibeli.

2. Klik pada General.

Sumber Gambar: Apple

3. Pada bahagian About, anda perlu skroll ke bawah dan menyalin nombor IMEI yang dipaparkan.

beli iphone terpakai
Sumber Gambar: Apple

4. Selepas itu, lawati laman imeipro dengan klik di sini.

5. Tampalkan nombor IMEI yang disalin pada ruangan yang disediakan kemudian rapatkan kesemua nombor tersebut dan klik CHECK untuk semakan status IMEI iPhone tersebut.

Sumber Gambar: imeipro

6. Akhir sekali, status iPhone anda bakal dipaparkan sama ada IMEI iPhone yang ingin dibeli adalah bersih atau sebaliknya. Sekiranya bersih, ia bermaksud iPhone tersebut boleh digunakan dengan selamat kerana tiada disekat syarikat telekomunikasi dan juga bukan iPhone yang dicuri.

iphone terpakai
Sumber Gambar: imeipro

Terdapat beberapa masalah yang bakal dihadapi oleh anda sekiranya iPhone terpakai yang dibeli dalam status telco atau pun dicuri. Antara masalah set telco dimaksudkan adalah disekat akses daripada sebarang rangkaian selagi tidak melangsai tunggakan sebelum boleh digunakan seperti biasa.

Untuk iPhone berstatus curi, anda sudah pasti tidak boleh mendapatkan bantuan atau pun alat ganti daripada Apple dan pengedar rasmi kerana IMEI telah dimasukkan ke dalam senarai hitam. Jadi, anda hanya bergantung pada komponen OEM yang mana rata-ratanya tidak tahan lama dan merbahaya.

Oleh itu, pastikan anda menyemak status IMEI yang terdapat pada iPhone terpakai yang ingin dibeli. Hal ini dapat memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik sekiranya unit yang dibeli adalah original dan bebas dari senarai hitam. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna sebelum membuat sebarang pembelian iPhone terpakai.

Sumber