Tiga kelab EPL, Liverpool, Chelsea dan Spurs melancarkan kit ketiga mereka dengan logo Nike menegak atau swoosh Nike berbentuk vertikal.
Peminat tertanya tanya kenapa logo tersebut sedemikian. Adakah ianya kesilapan dalam percetakan atau sebagainya?
Mustahil ini kesilapan ketika percetakan jersi itu, kerana ada 3 kelab EPL melancarkan kit ketiga mereka dengan logo yang serupa.
Sebenarnya, ini adalah sebahagian daripada kempen Nike yang disebut ‘Together We Rise’. Ianya sokongan kepada bola sepak wanita yang turut membangun bersama sama bola sepak lelaki.
Oleh sebab itu logo Nike vertikal itu ada dua logo yang dikembarkan dalam satu swoosh Nike itu tadi.
Nike have launched new third kits collections for Chelsea, Liverpool and Tottenham with a vertical swoosh reflecting the acceleration of the Womenโs game ๐
A powerful statement from Nike ๐ pic.twitter.com/n0vx8W9DU3
— SPORTbible (@sportbible) August 27, 2024
Nike terus komited dalam membantu pembangunan bola sepak wanita yang kian pesat sejak akhir akhir ini. Misalnya kejuaraan seperti Liga Juara Juara Eropah Wanita semakin meraih perhatian dunia.
Aksi liga wanita di England, Amerika Syarikat, Perancis dan Sepanyol sebagai contoh, terus membangun dari segi pengurusan dan kualiti permainan itu sendiri.
Dalam temasya seperti Sukan Olimpik atau Piala Dunia Wanita, ianya semakin rancak dibangunkan dalam setiap aspek.
Nike dalam kenyataannya ketika melancarkan kempen Together We Rise ini berkata: “Direka khas bersama sama dengan rakan kongsi rapat kami di seluruh Eropah dan Amerika Latin, koleksi pelbagai gender ini adalah cerminan bahawa Nike sentiasa percaya bahawa wanita dan gadis muda ini menjadi kunci kepada perubahan, mendefinisikan semula parameter suka ini dan bagaimana ianya harus dilayan pada generasi seterusnya.”