Saingan bola sepak eropah, Euro 2024 bakal bermula pada hari esok. Kehadiran deretan pemain bintang telah menarik perhatian peminat bola sepak di Malaysia untuk menyaksikan perlawanan itu.
Bagaimanapun, semua perlawanan Euro 2024 tidak dapat disiarkan secara percuma di kaca televisyen menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) disebabkan ia menelan kos yang tinggi.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman ketika menjawab persoalan peminat di laman X.
“Saya penjawat awam nak jelaskan betapa mahal gila hak siaran itu kepada yang tag dan maki hamun saya sekali.
“Hak siaran kejohanan sukan antarabangsa ini ada antara RM10 juta ke RM60 juta. Kami nak belanja duit pembayar cukai kena buat keputusan dengan betul,” katanya.
Jangan ler marah saya. Saya penjawat awam yg nak explain betapa mahal gila rights tu kepada yg tag saya dan maki hamun saya sekali. Intl sports events punya rights ni ada antara 10 juta ke 60 juta hengget., kami nak spend taxpayers money kena decide bebetul. https://t.co/cpyVVOsJmK
— Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman) June 13, 2024
Berdasarkan rekod, RTM pernah menyiarkan perlawanan bola sepak berprestij seperti Piala Dunia 2018, EURO 2020 dan Piala Dunia 2022.
Sebelum ini media tempatan melaporkan beberapa syarikat gergasi negara difahamkan cukup berminat dan bersedia menaja sepenuhnya siaran langsung Euro 2024 itu bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menontonnya secara percuma.
Suhaimi turut menegaskan tiada yang percuma jika ia melibatkan hak penyiaran dan pihak penaja juga sukar buat keputusan.
“Mana kami nak cari wang puluhan juta ringgit nak beli hak siaran itu? Mana ada benda percuma dalam dunia ini? Kau ingat murah ke hak siaran ini? Penaja pun fikir panjang nak masuk,” tambahnya.
Mana kami nak cari wang puluhan juta ringgit nak beli rights tu? Mana ada benda free dalam dunia ni? Kau ingat murah ker hak siaran ni? Sponsors pun fikir panjang nak masuk. https://t.co/TQ1HrLSRc2
— Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman) June 13, 2024
Saingan Euro 2024 dijangka berlangsung sengit membabitkan 24 pasukan bertanding termasuk juara bertahan, Itali yang akan mempertahankan mahkota kejuaraan dimenangi edisi lalu.
Sebanyak 42 aksi peringkat kumpulan dan 15 perlawanan pusingan kalah mati membabitkan 57 perlawanan secara keseluruhan bakal disajikan pada edisi kali ini.