Pada hari ini di mana-mana saja kesesakan lalu-lintas terjadi, tidak kira pada hari kerja atau hari minggu.

Lebih-lebih lagi kesesakan disebabkan lane hogger, pemandu yang tidak bertimbang rasa yang memandu perlahan di lorong paling kanan.

Baca Juga:

Baru-baru ini tular satu video dashcam memaparkan sebuah Honda Civic Type R memotong dan menyelit dari lorong kanan ke lorong kiri, sebelum menyelit semula ke lorong tengah semula.

@eedi_kltransport

over lap

♬ bunyi asal – @😈MamatOfficial😈@ – @😈MamatOfficial😈@

Jika selalu, warganet akan mengecam pemandu Honda Civic tersebut. Bagaimanapun, kali ini ada yang menyokong pemandu berkenaan.

Menurut netizen, pemandu Honda Civic itu berbuat sedemikian kerana ramai pemandu di Malaysia jadi lane hogger.

Sumber Gambar: TikTok @eedi_kltransport
Sumber Gambar: TikTok @eedi_kltransport

Bagaimanapun ramai lagi warganet mengecam tindakan pemandu Honda yang membahayakan pengguna jalan raya lain yang boleh mengundang kemalangan.